Ahad, 07 Febuai 2016 22:33

Nota Novel Silir Daksina

Ditulis oleh 
Nilaikan butir ini
(20 undian)

NOVEL SILIR DAKSINA

NIZAR PARMAN

(Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum)

SINOPSIS KESELURUHAN:

Haiqal berbekalkan sebuah manuskrip lama yang diterima daripada seorang gadis berbangsa Cina yang tidak dikenalinya telah pergi ke kampung  halaman ayahnya, Abdullah Kayan. Haiqal dilahirkan di kampung itu sebelum menetap di Kuala Terengganu. Manuskrip yang separuh jalan itu menarik minatnya untuk mengenali ayahnya dengan lebih dekat walaupun mendapat tentangan daripada uminya yang seolah-olah mahu melenyapkan nama Abdullah Kayan dalam hidup Haiqal.

Kehadirannya di Kampung Seri Purnama diterima dengan baik oleh masyarakatnya. Di kampung itulah dia mula membongkar kehidupan sebenar ayahnya melalui orang-orang yang rapat dengan ayahnya. Watak-watak yang dilukiskan oleh ayahnya dalam manuskrip lama itu seolah-olah cerminan watak-watak sebenar yang wujud di kampung itu.

Abdullah Kayan bukan hanya penggiat aktiviti kebudayaan di kampung itu, malahan beliau merupakan seorang guru yang aktif menulis sehingga pernah mewujudkan Aksara di kampungnya. Oleh sebab kecintaannya terhadap bidang itu, beliau sanggup meninggalkan keluarganya di Terengganu dan berpisah dengan Haiqal. Perjuangan itu kini diwariskan kepada Haiqal. Mampukah Haiqal melaksanakan hasrat ayahnya itu? Manuskrip lama itu menyimpan banyak rahsia yang perlu dihuraikan.

b.    Sinopsis Bab

BAB 1:

Haiqal telah menerima sebuah manuskrip dan setiap hari pasti dibelek-belek olehnya manuskrip itu. Manuskrip itu seolah-olah mempunyai tarikan untuk dibaca. Dia hampir-hampir kemalangan akibat sentiasa memikirkan manuskrip itu. Manuskrip yang diterimanya itu berkaitan dengan seorang lelaki yang bernama Abdullah bin Kayan. Haiqal teringat kembali semasa kecilnya iaitu sewaktu ibunya memberitahu bahawa orang yang dipanggilnya walid iaitu Abdul Fatah hanyalah bapanya tirinya. Bapanya yang sebenar ialah Abdullah bin Kayan. Sejak hari itu, dia bertekad untuk mencari ayahnya apabila sudah dewasa.

BAB 2:

Pada suatu petang Haiqal berada di sebuah gerai milik Ratna di tepi Pantai Batu Buruk kerana ingin berjumpa dengan teman baiknya itu. Haiqa mengajak Ratna berjalan-jalan di tepi pantai sambil bercerita tentang ayah kandungnya yang berpisah dengan ibunya. Dia tidak sanggup bertanya kepada ibu sebab berlakunya perpisahan itu kerana takut menyinggung perasaan ibunya. Haiqal memberitahu bahawa manuskrip yang baru diterimanya itu mungkin dapat merungkai persoalan tentang ayahnya. Namun begitu, orang yang mengirim manuskrip itu ialah seorang berbangsa cina yang bernama Ong Swee Hwa yang tidak dikenalinya.

BAB 3:

i.   Cikgu Amirulnizam (Abdullah Kayan) berada di balai raya untuk belajar dan menyaksikan rakan-rakan dan anak muda sedang belajar dan berlatih menari zapin.  Dia tertarik hati dengan anak Tauke Lim (Tauke Ong) , Ai Ling (Ong See Hwa) yang turut serta dalam aktiviti itu.  Setelah selesai berlatih, Amirulnizam berbual-bual dengan Tauke Lim. Anak Tauke Lim itu mengingatkannya kepada Aiman (Haiqal).  Semasa di rumah, Amirulnizam berehat sambil memandang rumah Tauke Lim. Amirulnizam teringat peristiwa sewaktu Tauke Lim mula-mula datang ke kampungnya.  Asalnya dia seorang yang susah dan datang berjumpa dengan arwah ayahnya untuk mengambil upah menoreh kebun getah milik ayah yang terbiar selama ini.  Sejak hari itu hubungan ayah dan Tauke Lim bertambah baik.  Dia seorang yang rajin sehingga mampu memgumpul duit untuk membeli tanah kebun ayah.  sudah 18 tahun dia menetap di kampung itu dan amat disenangi oleh penduduk kampung.  Semasa arwah ayahnya masih hidup, dia menganggap anak Tauke Lim iaitu Ai Ching dan Ai Ling seperti cucunya.

      Pada suatu pagi Tauke Lim meminta Amirulnizam untuk menumpangkan anaknya ke sekolah kerana bateri keretanya tidak berfungsi.  Amirulnizam mencadangkan Ai Ling menumpang dia sahaja ke sekolah setiap hari.  Semasa di sekolah, Amirulnizam diberitahu cikgu Latifah yang Ai Ling seperti berminat dengan kelas Pendidikan Islam.  Dia rasa dia mungkin ada peluang untuk rapat dengan Ai Ling.

 

ii.   Setelah membantu Tauke Lim menggantikan bateri kereta, Amirulnizam dipelawa oleh Tauke Lim ke pekan untuk belanjanya minum.  Semasa berbual-bual, Tauke Lim menyatakan persetujuannya untuk membenarkan Ai Ling menumpangnya ke sekolah setiap hari.  Amirul berterus-terang dengan Tauke Lim yang dia kesunyiaan semenjak ayahnya meninggal dunia dan dia terpisah dengan anaknya Aiman.

 

iii.  Setelah selesai latihan zapin, Pak Haji Salam iaitu Ketua Kumpulan Zapin DPurnama meminta Amirulnizam  dan beberapa orang untuk berkumpul.  Dia menjelaskan bahawa YB Samsuri akan datang ke kampung itu dua minggu lagi dan pegawai Yayasan Wawasan Negeri juga ingin datang kerana hendak mengkaji dan mempelajari rentak zapin jincat.  Amirul diminta untuk menyiapkan atur cara persembahan nanti agar ramai yang hadir.  Tauke Lim pula berjanji untuk menanggung kos jamuan untuk tetamu nanti.  Abang Bakir mencadangkan agar majlis itu diselitkan dengan acara deklamasi puisi  dan Amirulnizam dapat memilih peserta melalui murid sekolahnya.  Amirulnizam teringat kembali zaman kegemilangannya dalam bidang tersebut.

 

iv.    Amirul berasa gembira kerana Ai Ling merupakan salah seorang peserta yang menyertai pertandingan deklamasi puisi yang dirancangnya di sekolah. Ai Ling meminta agar Amirulnizam mengajarnya cara mendeklamasikan sajak.  Amirulnizam bersetuju dan setelah berjanji, petang itu Ai Ling ditemani Ai Ching datang ke rumahnya. Ai Ling memberitahu bahawa ibu bapanya membenarkannya  mendeklamasikan sajak di rumah Amirulnizam. Amirulnizam mengajak Ai Ling dengan bersungguh-sungguh sehinggakan dia dapat mendeklamasikan sajak dengan baik. Setelah Ai Ling dan Ai Ching pulang, tiba-tiba sahaja Amirulnizam teringatkan Aiman.

 

v.      Kemenangan Ai Ling dalam pertandigan deklamasi puisi murid-murid tahap satu telah menjadi perbualan ramai. Tauke Lim sangat gembira. Dia mengucapkan terima kasih kepada Amirunizam kerana mengajar anaknya sehingga menang. Tauke Lim, Abang Bakir, dan Roslan meminta supaya Amirulniizam aktif semula dalam bidang penulisan sajak dan cerpen. Sebenarnya, sejak perpisahannya dengan isteri dan anaknya, dia telah membuat keputusan untuk berhenti berkarya kerana kehilangan semangat. Kehadiran Ai Ling menpengaruhi hidupnya. Ai Ling seolah-olah pengganti kepada anaknya, Aiman sebagai tempat mencurahkan kasih sayang.

 

vi.       Kehadiran YB Samsuri dan beberapa pegawai Yayasan Warisan disambut meriah. Ramai orang kampung yang datang memenuhi majlis tersebut. Semasa Ai Ling membuat persembahan deklamasi sajak, Amirulnizam terbayang-bayang Ai Ling dan Aiman berada di pentas itu. Lamunannya dikejutkan oleh tepukan gemuruh orang ramai setelah persembahan selesai. Selepas itu, pelbagai persembahan lain yang dipersembahkan. Majlis malam itu diakhiri dengan persembahan lagu Gholiyabu yang dinyanyikan beramai-ramai oleh penduduk kampung.  Sebelum pulang, YB Samsuri berjumpa dengan Amirulnizam secara peribadi dan mengucapkan tahniah kepadanya.  Beliau berharap agar Amirulnizam dapat mengembangkan sastera dan bahasa  di kampung itu dan menjadikan Kampung Seri Purnama sebagai perkampungan sastera.

 

vii.  Ai Ling sudah berusia dua belas tahun dan Amirulnizam menganggapnya seperti anaknya sendiri.  Kesihatan yang kurang memuaskan telah membataskan aktivitinya.  Suatu petang Amirulnizam membawa Ai Ling dan Ai Ching ke Pantai Punggur.  Amirulnizam berbual-bual dengan Ai Ling.  Ai Ling bertanya tentang anak Amirulnizam iaitu Aiman.  Amirulnizam mmberitahu bahawa Aiman berada di Terengganu dan seusia dengan Ai Ling.  Ai Ling teringin untuk berjumpa dengan Aiman dan berkawan dengannya.

 

viii.  Amirulnizam semakin sibuk dengan persiapan aktiviti untuk acara sambutan Hari Kemerdekaan peringkat mukim dan program Berkampung Bersama Puisi yang akan dilancarkan tidak lama lagi.  Tahap kesihatannya semakin merosot dan bergantung kepada ubat untuk mengurangkan kesakitan.  Petang itu Ai Ling datang ke rumah Amirulnizam.  Dia bertanyakan helaian kertas kajang yang ditulis oleh Amirulnizam.  Amirulnizam berjanji akan mejadikan Ai Ling orang pertama yang membaca hasil tulisan itu apabila siap nanti.  Bagi Amirulnizam, Ai Ling merupakan orang yang menjadikan hidupnya yang kesepian menjadi lebih bermakna.  Ai Ling bertanyakan keadaan Amirulnizam yang kelihatan pucat dan kurus. Namun dia menjelaskan bahawa dia penat dan banyak kerja.  Ai Ling juga turut bertanya tentang Aiman yang menyebabkan Amirulnizam sukar untuk menjawabnya.

 

ix.   Dua hari sebelum majlis pelancaran Malam Sekampung Puisi dilangsungkan, segala persiapan majlis itu berjalan dengan rancak.  Amirulnizam menggunakan masanya hingga larut malam untuk menyiapkan puisi yang akan dideklamasikannya dan sempat menaip dan menyimpan manuskripnya.  Sakit kepalanya semakin kerap menyerang.  Pada malam iu dia rasa aneh kerana kerinduan terhadap Aiman begitu kuat .  Dia hanya mampu menatap gambar anaknya sambil menangis teresak-esak.

 

BAB 4:

Setelah habis membaca naskhah manuskrip yang ditulis oleh ayahnya, Haiqal berasa terharu dan menitiskan air mata. Malam itu Haiqal pergi berjumpa dengan Ratna. Dia meluahkan rasa bahawa cerita yang terdapat dalam manuskrip itu seolah-olah cerita tentang ayahnya. Haiqal sentiasa berjumpa dengan Ratna untuk meluahkan masalah yang dihadapinya. Dia juga sentiasa mengusik-usik Ratna dengan kata-kata dan bahasanya.

BAB 5:

Manuskrip yang diterima oleh Haiqal itu telah menimbulkan kerinduan dan pelbagai persoalan kepadanya. Haiqal begitu kagum dengan ayahnya. Dia terkilan tidak dapat hidup lama dengan ayahnya kerana terpaksa memenuhi kehendak ibunya menguruskan perniagaan butik dan kilang batik. Dia teringat lagi sewaktu dia tidak dapat menziarahi ayahnya yang meninggal dunia tujuh tahun yang lalu kerana terpaksa menduduki peperiksaan UPSR.

 

BAB 6:

Haiqal bertekad uuntuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna menyokong keputusan Haiqal dan berharap dia pandai menjaga diri. Konflik timbul antara Haiqal dan ibunya setelah dia menyuarakan hasrat untuk pergi ke kampung halaman ayahnya. Walaupun pelbagai perasaan dan alasan yang diluahkan oleh Haiqal, namun ibunya tetap berkeras tidak membenarkannya pergi. Namun begitu, Haiqal bertekad untuuk pergi ke kampung halaman ayahnya walaupun tidak dibenarkan oleh ibunya. Walid memahami perasaan Haiqal dan menyokong keputusannya secara dam-diam.

 

BAB 7:

Haiqal mula bertolak menaiki bas ekspres menuju ke Johor. Sebelum itu, dia dihantar dan ditemani oleh Ratna sementara menunggu bas di stesen bas. Haiqal menolak tawaran bapa tirinya untuk menghantarnya ke stesen bas kerana bimbang dia menjadi mangsa kemarahan ibunya.

 

BAB 8:

Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah menaiki sebuah teksi untuk ke Kampung Seri Purnama. Pemandu teksi iaitu pak cik Salleh telah menurunkan Haiqal di sebuah warung kampung tersebut. Setelah bertanya kepada pemilik warung itu iaitu Wak Min, Haiqal diminta menunggu Tauke Ong yang akan membawanya dan menunjukkan rumah arwah ayahnya. Setelah Tauke Ong datang, dia diperkenalkan kepada Haiqal oleh Wak Min. Kemudian, Tauke Ong terus membawa Haiqal ke rumah arwah ayahnya.

BAB 9:

Haiqal dikejutkan dengan bunyi hon kereta Tauke Ong yang telah menunggunya di halaman rumah. Setelah bersiap, Haiqal terus menaiki kereta Tauke Ong dengan perasaannya yang gelisah kerana dia sedar ada seorang gadis di dalam kereta tersebut. Tauke Ong memaklumkan kepada Haiqal bahawa mereka akan ke pekan untuk makan tengah hari.

BAB 10:

Tauke Ong memberikan sebuah motorsikal kepunyaan anaknya kepada Haiqal untuk memudahkan pergerakan Haiqal. Haiqal menggunakan motorsikal tersebut untuk ke kubur ayahnya. Setelah berjaya mencari kubur ayahnya, Haiqal diselubungi rasa sebak mengenangkan arwah ayahnya.

BAB 11:

Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di kampung arwah ayahnya selama seminggu. Dalam tempoh ini telah banyak urusan berkaitan amanah yang ditinggalkan oleh ayahnya kepada Tauke Ong berjaya diselesaikan. Namun, Haiqal tetap menyerahkan segala urusan tinggalan ayahnya iaitu ladang kelapa sawit kepada Tauke Ong kerana dia tidak mempunyai pengetahuan mengenai pengurusan ladang kelapa sawit. Walaubagaimanapun, Tauke Ong tetap mahukan Haiqal mempelajari cara-cara menguruskan ladang kelapa sawit. Haiqal banyak mempelajari mengenai kelapa sawit daripada dua orang kampung yang mengambil upah memotong buah kelapa sawit iaitu Bidin dan Salleh. Semua yang berlaku dalam tempoh seminggu di Kampung Seri Purnama diceritakan Haiqal kepada Ratna dan juga adik tirinya Nurul Asiyah melalui SMS. Haiqal telah mula mengenali remaja-remaja kampung tersebut. Antaranya ialah Lazim iaitu anak kepada Haji Salim yang seusia dengannya. Haiqal selalu diajak memancing ikan pada sebelah petang. Haiqal telah pergi memancing ikan puyu bersama-sama dengan Lazim. Sambil mereka memancing, Haiqal dapat melihat suasana kampung yang menyebabkan dia teringat kembali zaman kanak-kanaknya. Lazim telah menyatakan hasratnya untuk tidur di rumah Haiqal pada malam minggu.

BAB 12:

Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat keadaan balai raya yang tidak terurus kecuali ada beberapa bahagian dalam balai raya itu yang kelihatan terurus dan terjaga. Berbeza dengan sebelum ini, balai raya itu dikatakan lebih terurus dan mempunyai banyak buku yang menjadi bahan bacaan penduduk kampung. Haiqal seakan tidak percaya bahawa buku-buku yang terdapat dalam balai raya itu ialah hasil daripada penulisan arwah ayahnya. Malah, sejarah hidup ayahnya juga turut dipamerkan di situ. Haiqal tertarik dengan sebuah album besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya. Berdasarkan gambar-gambar tersebut, Haiqal dapat mengetahui bahawa arwah ayahnya merupakan seorang penari zapin. Hakikatnya, ayahnya ialah orang yang bertanggungjawab menghidupkan kumpulan zapin Seri Purnama.

BAB 13:

Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin dimainkan semula di balai raya kampung Seri Purnama telah disampaikan kepada Ketua Kampung Seri Purnama oleh Pak Cik Bakar. Haiqal juga memaklumkan perkara tersebut kepada See Hwa dan Tauke Ong.

BAB 14:

Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai raya kampung tersebut untuk bersama-sama dengan penduduk kampung membuat latihan zapin.

BAB 15:

Balai raya yang sebelum ini sepi telah kembali berseri. Penduduk Kampung Seri Purnama masing-masing sibuk membuat persiapan untuk persembahan zapin.

BAB 16:

Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di seuah universiti yang terletak di Bumi Kenyalang. Haiqal sedar bahawa umi tidak lagi berdendam dengan ayah apabila umi bersama dengan walid serta adik tirinya sanggup datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal mempersembahkan tarian zapin jincat. Persoalan Haiqal mengenai Ratna yang selama ini sepi tanpa berita akhirnya terjawab. Ratna telah bertunang dengan seorang usahawan muda yang menjadi rakan kongsi dalam perniagaannya.

TEMA:

Novel ini membawa tema kekeluargaan. Konflik keluarga yang dialami oleh Haiqal berpunca daripada perceraian ibu bapanya menyebabkan dia dipisahkan olh ibunya daripada ayah kandungnya iaiu Abdullah Kayan.

PERSOALAN:

1. Persoalan kegigihan seorang remaja untuk merungkai misteri kehidupan sebenarnya ayahnya.

Haiqal berusaha untuk mengetahui sejarah kehidupan ayah kandungnya yang terpisah sejak kecil setelah mendapat manuskrip yang dikirimkan oleh Ong See Hwa.

2. Persoalan usaha untuk mengangkat kesenian tarian zapin.

Abdullah Kayan dan penduduk Kampung Seri Purnama telah berusaha untuk mengangkat kesenian tarian zapin di kampung tersebut.

3. Persoalan kasih sayang seorang ayah kepada anaknya.

Abdullah Kayan terlalu sayang akan anaknya Haiqal yang dipisahkan oleh isterinya sehinggakan dia sentiasa merindukannya dan menghasilkan manuskrip cerita tentang perasaan rindu kepada anaknya.

4. Persoalan sikap kerjasama penduduk kampung.

Penduduk Kampung Seri Purnama sentiasa bekerjasama menjayakan setiap aktiiviti dan acara yang dijalankan di kampng tersebut seperti majlis sambutan Hari Kemerdekaan peringka mukim di situ

5. Persoalan hubungan baik antara dua bangsa walaupun berbeza kebudayaan.

Hubungan Tauke Lim dengan Amirulnizam dan penduduk kampung begitu baik walaupun mereka berlainan bangsa.

 

 

Baca 33431 kali Dipinda pada Ahad, 07 Febuai 2016 23:26

Detik Gemilang

UPSR

11-4, 18 SEPTEMBER 2017

PT3

09-11 OKTOBER 2017

SPM

6 NOV - 4 DIS 2017

 

 

JERAYAWARA BM 2017

 TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2017

5 Mei 2017

Maahad Muar

 

 

Untuk Tempahan

Boleh hubungi:

011 58309328

 

Anda ingin sertai Group  Bahasa Melayu Kertas 1103/1 SPM

Sertailah SCHOOLOGY di

https://app.schoology.com/

group/1054704394

(Access Code : TB35D-RVRPT)