Rabu, 17 Disember 2014 05:17

Sajak Aku Membaca Lagi

Ditulis oleh 
Nilaikan butir ini
(64 undian)

Aku Membaca Lagi

(Razali Mohd Yussof)

TEMA
 

Bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan.

 

MAKSUD SETIAP PERENGGAN
 

Rangkap pertama

Penyajak memandang ke langit lalu memerhatikan keadaan langit. Dengan perasaan penuh kesyukuran, dia menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.

 

Rangkap kedua

Penyajak menghayati anugerah Tuhan kepada manusia yang digambarkan melalui burung yang berkicau, kewujudan pantai dan ombak, dan kemunculan pelangi.

 

Rangkap ketiga

Penyajak mendapati bahawa alam semula jadi semakin tercemar apabila negara semakin makmur. Pencemaran alam semula jadi ini dikaitkan dengan keadaan bahasa Melayu yang semakin lama semakin kurang didaulatkan oleh rakyat walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Selain itu, penyajak mendapati bahawa kemakmuran negara tidak dapat menjamin kedaulatan  bahasa Melayu.

 

Rangkap keempat

Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.

 

Rangkap kelima

Penyajak meluahkan  kekesalannya apabila bahasa Melayu yang semakin diketepikan terus dipinggirkan oleh semua pihak.

 

PERSOALAN
 

  1. Keindahan alam semula jadi ciptaan Tuhan

Contoh : Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.

 

  1. Kedaulatan bahasa Melayu yang kian hilang

Contoh : Penyajak mendapati bahawa semakin lama semakin kurang orang yang mendaulatkan bahasa Melayu walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan.

 

  1. Kesedihan pejuang bahasa terhadap nasib bahasa Melayu

Contoh : Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.

 

BENTUK SAJAK
 

  1. Terdiri daripada lima rangkap
  2. Terdiri daripada empat hingga tujuh baris dalam satu rangkap
  3. Terdiri daripada satu hingga enam perkataan dalam satu baris
  4. Terdiri daripada empat hingga 12 suku kata dalam satu baris
  5. Rima akhir mempunyai bentuk bebas / tidak terikat.
    • Rangkap pertama : abcde
    • Rangkap kedua : abcd
    • Rangkap ketiga : abcdefg
    • Rangkap keempat : abcd
    • Rangkap kelima : abcd

 

GAYA BAHASA
 

  1. sinkof

Contoh :

- Ku selusuri alam

- menekuni kebesaran-Mu

- mewarnai kehidupan umat-Mu

- di lantai tanah airku yang makmur

- kutemui

- membasahi Bahasa Melayuku

 

  1. personifikasi

Contoh :

  • desiran ombak dan wajah pelangi
  • dahan dan ranting terkulai
  • bulan dan bintang menangis meratapiluka nasib bangsa
  • menetes air mata langit
  • membasahi Bahasa Melayuku  yang berdarah

 

  1. repitisi

Contoh :

  • helai demi helai

 

  1. kata ganda

Contoh :

  • pohon-pohonkian rapuh
  • daun-daunberguguran

 

 

NILAI
 

  1. Nilai kesyukuran

Contoh : Dengan perasaan penuh kesyukuran, penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.

 

  1. Nilai cinta akan bahasa

Contoh : Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.

 

  1. Nilai cinta akan alam sekitar

Contoh : Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.

 

PENGAJARAN
 

  1. Kita mestilah bersyukur kepada Tuhan

Contoh : Dengan perasaan penuh kesyukuran, penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.

 

  1. Kita mestilah cinta akan bahasa.

Contoh : Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.

 

  1. Kita mestilah cinta akan alam sekitar.

Contoh : Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.

Baca 73255 kali Dipinda pada Khamis, 01 Januari 2015 23:37

Detik Gemilang

UPSR

11-4, 18 SEPTEMBER 2017

PT3

09-11 OKTOBER 2017

SPM

6 NOV - 4 DIS 2017

 

 

JERAYAWARA BM 2017

 

TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2017

5 Mei 2017 - Maahad Muar

 

 

Boleh hubungi:

011 58309328