Isnin, 08 Febuai 2016 00:57

Nota SELOKA BERBUAT ZAMAN DAHULU

Ditulis oleh 
Nilaikan butir ini
(8 undian)

SELOKA BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU

(Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum)

 

MAKSUD

Rangkap 1

Raja memerintah empat orang pembesar dan pawang raja membina istana yang tersergam indah.  Seramai 44 orang tukang yang mahir dipaksa bekerja tanpa henti siang dan malam.

Rangkap 2

Masa yang diambil untuk membina istana yang lengkap selama 7 bulan. Istana itu mengandungi sembilan bilik, sepuluh rembat guntung, sebelas pancung serong dan 12 anjung tinggi.

Rangkap 3

Tiga ruang di istana yang unik dan menarik dikhaskan kepada lapan orang menteri .

Rangkap 4

Hiasan dalaman istana bermotifkan unsur-unsur alam. Corak ukiran amat indah dan halus seninya.

Rangkap 5

Setelah istana itu siap  tukangnya dibunuh agar tiada orang yang boleh meniru seni bina istana tersebut. Lalu istana itu pun dipersembahkan kepada raja dan permaisurinya

TEMA

Sindiran terhadap golongan raja yang mengutamakan kepentingan sendiri  untuk kemahsyuran peribadi sehingga sanggup mengorbankan nyawa orang lain.

Contohnya: 

(R1)      Pawang mengerah orang bekerja.

             Empat puluh empat tukang dan utas.

            Siang malam tidak berhenti.

(R5)    Istana siap tukang pun mati.,

            Tiada orang dapat meniru:

 

PERSOALAN

1.    Persoalan seni bina istana masyarakat melayu tradisional.

(R3)    Galang-galangnya ular berang.

            Kasau kecil puteri menyembah.

            Kasau lentik helang berbega.

 

2.    Persoalan golongan raja yang mementingkan diri sendiri.

(R5)     Istana siap tukang pun mat.,

             Tiada orang dapat meniru:

 

3.    Persoalan kehalusan seni ukiran melayu tradisional

(R4)    Lilit-melilit akar Cina:

            Garam sebuku sisa jeragan.

            Bunga kenanga dimakan ular.

            Layang-layang di pintu Raja.

     

Baca 6846 kali

Detik Gemilang

UPSR

11-4, 18 SEPTEMBER 2017

PT3

09-11 OKTOBER 2017

SPM

6 NOV - 4 DIS 2017

 

 

JERAYAWARA BM 2017

 TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2017

5 Mei 2017 (Maahad Muar)

 

Untuk Tempahan

Boleh hubungi:

+6011-58309328