Isnin, 08 Febuai 2016 00:34

Nota Sajak PESAN LELAKI KEPADA GADIS KAMPUS

Ditulis oleh 
Nilaikan butir ini
(7 undian)

Pesan Lelaki Kecil Kepada Gadis Kampus

(Sazalee Yacob)

(Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum)

 

TEMA

Harapan bapa dalam memberi pendidikan kepada anak-anak. Setiap ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka memperoleh pendidikan yang sempurna. Walau bagaimanapun banyak cabaran yang terpaksa dihadapi oleh anak-anak sewaktu berada di menara gading.

Contoh :

(R3;B1;B2)

Di awan kampus yang sarat ilmu

Hadir sihir angin bernafas api

MAKSUD

Rangkap 1

Seorang petani yang miskin menghantar anak perempuannya ke menara gading untuk menuntut ilmu.

Rangkap 2

Si bapa mengharapkan kebebasan yang diberikan mampu menjadikan anaknya seorang yang tabah dan kuat berbekalkan akal untuk keluar/meloloskan diri dari cabaran yang sukar.

Rangkap 3

Walaupun berada di menara gading namun masih terdapat anasir-anasir yang jahat,kejam dan keji yang mampu melalaikan seseorang.

Di menara gading, penyajak baru mengenali erti kehidupan dan mula timbul perasaan megah/ sombong sehingga membuang/melenyapkan sikapnya yang baik.

Rangkap 4

Si bapa mengharapkan agar anaknya mampu menempuh segala dugaan dan tidak pulang dengan kegagalan.

PERSOALAN

1.    Persoalan pentingnya ilmu dalam kehidupan.

Contoh;

(R1;B6;B7)

Kau nikmatilah angin dan udara ilmu itu

Memesrai azimat dan tangkal

2.    Persoalan tanggungjawab bapa terhadap anak.

Contoh:

(R1;B1;B2)

Kuhantar kau mengecapi angin baru

Udara lain dari kampung bendang kuningmu

3.    Persoalan menjaga maruah diri di perantauan.

Contoh :

(R4;B1;B2)

Pandai-pandailah kau terbang

Menongkah awan mulus dan kabus dingin

4.    Persoalan menuntut ilmu hingga mencapai kejayaan.

(R1;B6;B7;B8)

Kau nikmatilah angin dan udara ilmu itu

Memesrai azimat dan tangkal

Dari tangga gading

 

Baca 6385 kali Dipinda pada Isnin, 08 Febuai 2016 00:39

Detik Gemilang

UPSR

11-4, 18 SEPTEMBER 2017

PT3

09-11 OKTOBER 2017

SPM

6 NOV - 4 DIS 2017

 

 

JERAYAWARA BM 2017

 TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2017

5 Mei 2017 (Maahad Muar)

 

Untuk Tempahan

Boleh hubungi:

+6011-58309328