Isnin, 08 Febuai 2016 00:30

Nota Drama BUKAN GILA

Ditulis oleh 
Nilaikan butir ini
(20 undian)

BUKAN GILA

(Shariff Shaary)

(Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum)

 

1.0       SINOPSIS

ADEGAN I

Drama ini mengisahkan tentang Azmir yang dimasukkan ke wad kerana dikatakan kurang siuman. Semasa di dalam wad, fikirannya bercelaru dan dengan membayangkan kehadiran Ani,  bapa dan Pak Haji serta berdialog dengan mereka. Dialog-dialog tersebut telah memperlihatkan perbezaan prinsip yang menjadi  pegangan  Azmir.

ADEGAN II

Azmir telah dilawati oleh doktor. Doktor telah mengizinkan Azmir untuk keluar bersiar-siar dari wad pesakit jwa. Namun begitu, doktor berpesan supaya Azmir tidak pergi jauh, hanya di kawasan wad sahaja.

ADEGAN III

Dalam adegan ini terdapat sesi pementasan lakonan yang diarahkan oleh Arif dan tiga orang pelakon. Setiap watak menyatakan  prinsip  hidup yang berbeza tentang dunia. ( dunia ialah kuasa, wang ialah dunia dan dunia ialah fikiran). Azmir pula berpendapat bahawa yang penting ialah sistem. Sistem yang betul ialah sistem yang prorakyat. Rakyat yang berkuasa menentukan segala-galanya. Dialog mereka berkisar tentang kehidupan ini yang berbentuk lakonan atau realiti. Azmir berpendapat bahawa sejarah membuktikan bahawa rakyat yang betul dan kemenangan sentiasa berpihak kepada rakyat. Pada masa yang sama Azmir sering melaung kesakitan pada kepalanya. Azmir diragui oleh kawan-kawannya sama ada Azmir benar-benar sakit atau hanya lakonan.

Kemudian Doktor Razi telah datang dan membawa Azmir kembali ke wad setelah tiga hari telah hilang.

ADEGAN IV

Arif, Pelakon 1, Pelakon 2 dan Pelakon 3 telah menziarahi keluarga Azmir. Mereka ingin mendapatkan maklumat latar belakang hidup Azmir. Ibu bapa Azmir nenceritakan kisah Azmir yang tinggal dengan neneknya, bersikap gila-gila, mula berpelakuan aneh apabila berada  dalam tingkatan 6  dan tidak dapat menamatkan pengajian di universiti. Dia jugamenggunakan nama W.A. Domski dan bercakap dalam bahasa Indonesia. Rakan Azmir pula mempunyai persepsi yang berbeza tentang diri  Azmir. Rakan Azmir berpendapat mungkin Azmir kekurangan kasih saying dan sokongan daripada kedua ibubapa. Pelakon 2 pula berpendapat Azmir sedang menanggung kesakitan yang berat. Pelakon 1 pula berpendapat mereka perlu membantu Azmir kerana pada tanggapannya dia memerlukan kasih sayang, bukan cemuhan dan penghinaan.

ADEGAN V

Azmir bermonolong tentang kisah lampau hidupnya bercinta dengan Ani. Azmir juga bermonolong tentang suka duka kehidupannya.Manusia sering tertipu dengan keindahan dunia tanpa pertimbangan yang rasional. Akhirnya dia memilih untuk hidup bersendiri dan menilai cinta dalam kehidupan. Manusia ialah pemburu dalam kehidupan

ADEGAN VI

Berita kematian Azmir dilaporkan dalam akhbar pada 21 Jun 1993. Kematiannya amat mengejutkan dan dikaitkan berpunca daripad penyakit barah otak dilamainya. Ani menyesal kerana meninggalkan Azmir

PEMIKIRAN

Setiap orang mempunyai prinsip hidup dan ideologi yang berbeza yang boleh mempengaruhi tindakan/cara hidup.

PERSOALAN

1.         Perbezaan pemikiran  dan tindakan menyebabkan seseorang itu dianggap janggal oleh masyarakat sekeliling.

- Azmir dianggap gila kerana mempunyai pandangan yang berbeza tentang  hidup (cinta, sifat kemanusiaan, prinsip hidup) berbanding orang lain.

2.         Kepentingan cinta dan kasih sayang

            Contoh: Cinta dan kasih sayang amat penting bagi menjamin kebahagiaan

3.         Rencah kehidupan

            Contoh: hidup ini ibarat roda yang berputar, ada suka dan dukanya.

4.         Dunia ini ibarat pentas lakonan

            Contoh: dalam kehidupan di dunia ini, manusia ialah pelakonnya yang membawa pelbagai watak

5.         Kesakitan boleh membawa penderitaan

            Contoh: Azmir yang menanggung kesakitan kerana menghidap barah otak.

6.         Sokongan daripada ahli keluarga terdekat boleh memberi kekuatan dalam menghadapi cabaran hidup.

Contoh: Azmir  menanggung cabaran hidup tanpa sokongan ibu bapa dan kekasih hati.

7.         Keprihatinan perlu ada dalam diri setiap manusia.

Contoh:Tindakan para pelakon yang mengunjungi rumah Azmir untuk mengetahui latar belakang hidup Amir

8.         Setiap orang perlu mempunyai sikap bantu-membantu .

Contoh : Para pelakon yang membantu mengurangkan kesakitan dengan memicit-micit kepalanya

8.         Kekuasaan Tuhan

            Contoh: perlu menerima takdir terhadap yang telah ditentukan oleh Tuhan

9.         Sifat berterima kasih

Contoh: setiap manusia perlu berterima kasih terhadap sumbangan orang lain dalam kehidupan mereka – ibu bapa, para petani.

10.       Hikmah di sebalik sesuatu kejadian

            Contoh: sesuatu kejadian yang berlaku mempunyai pelbagai hikmah yang tersembunyi

Baca 16337 kali

Detik Gemilang

UPSR

11-4, 18 SEPTEMBER 2017

PT3

09-11 OKTOBER 2017

SPM

6 NOV - 4 DIS 2017

 

 

JERAYAWARA BM 2017

 TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2017

5 Mei 2017 (Maahad Muar)

 

Untuk Tempahan

Boleh hubungi:

+6011-58309328