Ahad, 24 April 2016 14:51

Latihan 3 (Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil Antologi Sajadah Rindu)

Ditulis oleh 
Nilaikan butir ini
(1 Undi)

Latihan 3 (Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil, Antologi Sajadah Rindu)

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

           

           Kampung kami dipugar sejak tiga generasi lalu. Sejarahnya hanya jaluran kebun dan sawah. Pertengahan tahun 30-an, dating satu keluarga Orang Putih-mengupah berates-ratus orang buruh,termasuk kami sendiri- meneroka belukar. Tak lama kemudian, berjejerlah anak-anak getah.

            Sebahagian buruh pemugar beransur-ansur pergi. Tinggallah sekitar lima belas keluarga, membentuk sebuah kampong kecil berumah teres di tengah estet. Beberapa tahun kemudian, ketika pokok-pokok getah sudah tinggi melayup, hasilnya mula ditoreh. Seminggu sekali, dikepalai Tuan Booth, kepingan getah dikandar puluhan pekerja melintasi jalan kampong menuju ke bandar.

             Kehadiran Tuan Booth dan keluarga, serta lima belas keluarga buruh estet keturunan India serba sedikit merubah wajah kampung kami. Jalan yang dulunya tanah merah batu lada, sudah dikejapkan, tak lagi becak kala musim hujan, dan kurang berkeladak pada musim kemarau.

a)      Berdasarkan petikan, siapakah yang telah datang ke kampong itu dan apakah yang telah dilakukan oleh mereka?

Berdasarkan petikan, satu keluarga orang putih telah datang ke kampung itu. Mereka telah mengupah beratus-ratus orang buruh termasuk masyarakat di kampong itu sendiri. Selain itu, mereka juga telah meneroka belukar di kampong itu.

 

b)      Andaikan anda ialah Tuan Booth, apakah tindakan lain yang akan anda lakukan untuk memajukan kampung itu?

Jika saya ialah Tuan Booth, saya akan meningkatkan dan memperbanyakkan kemudahan infrastruktur di kampung itu. Selain itu, saya juga akan mengadakan program kebudayaan seperti pertandingan nyanyian dan zapin yang boleh menarik kedatangan pelancong. Saya juga akan mempelbagaikan tanaman di kampung itu dengan menanam pokok manga, jagung dan sebagainya dan menjual hasil-hasil tanaman tersebut, di mana ekonomi di kampung itu dapat ditingkatkan.

c)Nyatakan satu pengajaran berdasarkan petikan dan satu pengajaran daripada keseluruhan cerpen.

Pengajaran daripada petikan ialah kita mestilah gigih dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya, Tuan Booth gigih melaksanakan pelbagai usaha dalam memajukan kampung itu.

       Kita juga perlulah berani menghadapi cabaran. Contohnya, Ahmad Mutawakkil berani menyuarakan pendapat dalam menentang penjajah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Baca 3144 kali Dipinda pada Isnin, 02 Mei 2016 21:00

Detik Gemilang

UPSR

11-4, 18 SEPTEMBER 2017

PT3

09-11 OKTOBER 2017

SPM

6 NOV - 4 DIS 2017

 

 

JERAYAWARA BM 2017

 TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2017

5 Mei 2017 (Maahad Muar)

 

Untuk Tempahan

Boleh hubungi:

+6011-58309328