Ahad, 24 April 2016 14:48

Latihan 2 (Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil Antologi Sajadah Rindu)

Ditulis oleh 
Nilaikan butir ini
(1 Undi)

Latihan 2 (Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil Antologi Sajadah Rindu)

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Ahmad Mutawakkil dalam keadaan terhuyung-hayang, bangun perlahan-lahan. Sebelah tangannya memaut tiang pintu manakala sebelah lagi terkulai. Waktu itu, kami sedar-perkara yang ditakuti belakangan ini benar benar terjadi. Anak tunggal arwah Wak Sadir yang selama ini disanjung laksana lampu ayan yang menerangi kampong, kini diambang maut.

                      Ahmad Mutawakkil-malam itu, Jumaat bulan Ogos 1953-dek luka yang parah melangkah dengan longlai kea rah Imam Ngah Deraman.

                      Ketika kami semua masih terpegun dan tertanya-tanya, Ahmad Mutawakkil jatuh melutut dan wajahnya tersembam di ribaan Imam Ngah Deraman. Pada waktu itu, dalam keadaan dia mengerekot, kami Nampak luka besar di belakang bahunya-bekas tusukan peluru.

                        Darah masih mengalir, betul-betul di belakang pendayung kiri Ahmad Mutawakkil. Menyedari darah terlalu banyak mengalir hingga menitis ke lantai. Penghulu Ibrahim Deraman sigap segera membaringkan Ahmad Mutawakkil. Tak lama kemudian, bunyi nafasnya separuh mengeruh. Dalam keadaan tercungap-cungap, dia terkulai lalu pengsan.

a)      Berdasarkan petikan, nyatakan keadaan Ahmad Mutawakkil semasa berada di ambang maut.

Berdasarkan petikan, keadaan Ahmad Mutawakkil semasa berada di ambang maut ialah terdapat luka besar di belakang bahunya iaitu tusukan peluru. Selain itu, darah mengalir terlalu banyak. Seterusnya, dia terkulai lalu pengsan.

b)      Pada pendapat anda, apaka cabaran semasa berjuang menuntut kemerdekaan Negara?

Pada pendapat saya, cabaran semasa berjuang menuntut kemerdekaan Negara ialah sentiasa terdedah kepada bahaya dibunuh penjajah. Selain itu, tidak dapat sokongan keluarga dan masyarakat. Seterusnya, alat untuk menyebarkan idea kemerdekaan seperti surat khabar dan sebagainya disekat.

c)      Nyatakan satu persoalan daripada petikan dan satu soalan daripada cerpen.

Satu persoalan dari petikan ialah semangat patriotism yang tinggi dalam diri pejuang. Buktinya, Ahmad Mutawakkil sanggup berkorban nyawa demi Negara.

Satu persoalan dari keseluruhan cerpen ialah ketabahn dalam mengharungi pelbagai kesulitan. Buktinya, penduduk kampong tabah menghadapi pelbagai dugaan dan kesengsaraan semasa dijajah.

 

 

Baca 4901 kali Dipinda pada Isnin, 02 Mei 2016 21:00

Detik Gemilang

UPSR

11-4, 18 SEPTEMBER 2017

PT3

09-11 OKTOBER 2017

SPM

6 NOV - 4 DIS 2017

 

 

JERAYAWARA BM 2017

 TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2017

5 Mei 2017 (Maahad Muar)

 

Untuk Tempahan

Boleh hubungi:

+6011-58309328