Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat sendiri.

 

GURINDAM DUA BELAS

(Fasal yang ketiga)

 

Apabila terpelihara mata,

Sedikitlah cita-cita.

 

Apabila terpelihara kuping,

Khabar yang jahat tiadalah damping.

 

Apabila terpelihara lidah,

Nescaya dapatlah darinya faedah.

 

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,

Daripada segala berat dan ringan.

 

Apabila perut terlalu penuh,

Keluarlah fill yang tiada senonoh.

 

Anggota tengah hendaklah diingat,

Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

 

Hendaklah peliharakan kaki,

Daripada berjalan yang membawa rugi.

                                   (Dipetik dari Gurindam Dua Belas (Fasal yang ketiga} dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)

 

i.            Apakah yang dimaksudkan dengan “Apabila perut terlalu penuh, keluarlah fiil yang tiada senonoh”? [2 markah]

Baca petikan dibawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.


GELANGGANG

 

Ini gelanggan kita

Yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih

Lima dekad yang lalu

Satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu

Di kemudian hari.

 

Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat

dan air mata

dengan gelanggang inilah Negara aman makmu rakyat berpadu

kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati

kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat

kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai keturunan.

                 (Dipetik dari Sajak Gelanggang dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)

 

i.         Berdasarkan puisi, bagaimakah gelanggang ini diwariskan kepada kita oleh datuk moyang terdahulu? [2 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 

AIMAN       : Abang ini banyak cakap pula, macamlah abang pernah sertai program tu.

POSMEN   : Memanglah abang tak pernah sertai program itu. Tapi, hasil daripadanya, dah banyak yang abang nampak.

AIMAN       : Tak fahamlah saya, bang.

POSMEN   : Maksud abang, remaja yang dah menyertai program ini, apabila tamat latihan, banyak kesan positif yang wujud dalam diri mereka. Anak jiran abang dulu pemalas. Kalau balik rumah cuma tahu tidur dan makan saja. Tapi selepas tamat program itu abang tengok dia dah rajin tolong keluarganya dan baru nampak rasa hormat kepada orang tua. Hasil yang paling dekat dengan diri abang ialah adik abang sendiri. Memang bagus program itu. Banyak perubahan positif dalam diri dia.

AIMAN       : Apa sajalah. Doakanlah, mana tahu terbuka hati saya untuk sertainya kelak.

POSMEN   : Terpulang, tak ada siapa yang akan rugi kalua adik tak pergi kecuali diri adik sendiri. Fikirkanlah baik-baik. Abang banyak lagi surat yang hendak dihantar. Amanah orang semua surat ni.

AIMAN       : Terima kasih.

                            (POSMEN berlalu. Tinggal AIMAN sendirian memikirkan sesuatu).

AIMAN       : Patutkah aku simpan surat ini atau patut aku buang saja? Hmm, kalau aku buang, nanti ada orang lain jumpa pula. Hah, baik aku bakar! Tak ada kesannya nanti. Baik aku simpan dulu, cukup masa kalau aku tak berminat, baru aku bakar.

                             (Dipetik dari Drama Berkhidmat Untuk Negara dari Istanbul dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)

 

i.       Menurut posmen tersebut, apakah kesan positif menyertai “program” yang sedang dibualkan pada anak jirannya? [2 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat sendiri.

 

                           Selain itu,aku mungkin ditimpa musibah dan perlu mendapatkan rawatan segera menggunakan wang sendiri.Namun,aku berdoa agar ubat-ubat homeopati seperti Arnica 30c, Arsenik 30c, Arconite 30c, Rhus Tox 30c,dan Nux Vomica 30c yang terdapat dalam beg dapat membantuku bertahan daripada sebarang alahan seperti cuaca sejuk, perbezaan makanan, serta aktiviti lasak. Aku juga sedar akan keadaan rambang mataku yang satu ini pantang berjumpa bahan bacaaan. Biasanya, aku akan menghabiskan seluruh duitku untuk membeli buku dan majalah di mana-mana lapangan terbang di luar negara sebelum pulang ke tanah air.

                              Sesungguhnya, jaket kulit kijang dari Istanbul langsung tidak termasuk dalam senarai perancangan belanjawanku.

                   Kisah aku akhirnya ‘terbeli’ jaket kulit kijang dari Istanbul ini bermula pada hari kelima lawatanku ke Turki.Aku sengaja menggunakan perkataan ‘terbeli’ kerana aku benar-benar tidak ada niat untuk membelinya.Ahli rombongan kami yang seramai 30 orang dibenarkan pergi membeli-belah di Garand Bazaar yang terletak lbih kurang satu kilometer dari tempat penginapan kami di Hotel Senator.

                          (Dipetik dari Cerpen Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)

 

i.       Berdasarkan petikan, apakah cabaran yang dihadapi “aku” sepanjang keberadaannya di Istanbul? [2 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 

                       SETIAP kali saya meluahkan hasrat untuk bermastautin di ibu kota, bonda memberikan pelbagai alasan agar saya terus menetap di kampung halaman tercinta ini.Kata bonda,ilmu agama saya masih terlalu cetek dan nipis. Bimbang, saya akan hanyut dibawa arus hedonism dan modenisme yang sedang melanda anak-anak muda kota.Malahan,kata bonda lagi,bahasa ibunda saya juga masih lemah.Bahasa yang membesarkan saya dengan segala adat resam dan nilai budaya warisan turun-temurun.Bahasa yang diwarisi nenek moyang sejak zaman-berzaman.

                       Bonda tahu,secubit ilmu yang mengisi dada saya yang kerdil ini tidak akan mampu mengekang ledakan perubahan sosial yang boleh meragut jati diri saya sebagai generasi bermaruah.Saya akui kebenaran kata-kata bonda tentang malapetaka yang sedang menghinggapi sekian ramai anak-anak sebangsa saya.Kebanyakan tergadai maruah dan harga diri dek mengejar dunia yang bergelar globalisasi dalam menuju arus perdana.

                        (Dipetik dari Cerpen Munsyi dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)

i.     Berdasarkan petikan, nyatakan sebab-sebab ibu tidak membenarkan Mel bermastautin di ibu kota? [2 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 

              Hakim sedar bahawa tanah empat ekar itu bukanlah luas kalau dibandingkan dengan tanah yang dimiliki oleh para orang kaya yang ada di seluruh negara. Tanah itu pun tidaklah tinggi nilainya seperti tanah-tanah di bandar yang melambung naik. Namun, dia amat bersyukur kerana berjaya menebus kembali tanah itu dan yang lebih penting lagi dia juga dapat membersihkan nama dan menebus maruah datuknya Kaduk, yang sudah bertahun-tahun menjadi ejekan bangsa.

           Hakim pernah berseloroh, “Kalau aku berjaya menebus kembali tanah itu, aku nak dirikan sebuah memorial. Aku akan namakannya Memorial Pak Kaduk. Biar memorial itu menjadi peringatan kepada semua umat Melayu agar berhati-hati dengan tanah mereka. Maksud aku, biar mereka menjaga hak-hak mereka agar tidak terlepas ke tangan orang lain.”

                                            (Dipetik dari Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)

 i.      Berdasarkan petikan di atas, mengapakah Hakim berasa bersyukur? [2 markah]

LATIHAN 6

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat sendiri.

 

           Berapa lamanya maka Kertala Sari pun sampailah ke Melaka. Maka ia pun singgah di luar kota pada kampung segala Jawa. Maka Kertala Sari pun menyamarkan dirinya kepada segala Jawa yang banyak itu. Maka Kertala Sari pun sedia kala berjalan keluar masuk bermain-main segenap kampung orang kaya- kaya dan saudagar.

             Setelah diketahuinya,maka Kertala Sari pun masuk menyamar pada orang Patih Kerma Wijaya. Tatkala itu Kertala Sari pun masuk seorangnya mengikut Patih Karma Wijaya pergi menghadap sama dengan Jawa yang banyak itu. Maka oleh Kertala Sari segala hulubalang yang menghadap sama-sama itu dilihatnya seorang kepada seorang. Maka Kertala Sari pun pandang pada Laksaman; maka ia pun fikir di dalam hatinya,”Dialah gerangan hulubalang Ratu Melaka yang bernama Laksamana itu. Jikalau demikian lakunya ,sungguhlah ia dapat membunuh bapaku, kerana ia penjurit besar lagi kepetangan.”

                                        (Dipetik dari Prosa Tradisional Kepimpinan Melalui Teladan dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)

 

i.                     Berdasarkan petikan, apakah perkara yang dilakukan oleh Kertala Sari apabila dia singgah di kampung segala Jawa? [2 markah] 

LATIHAN 5

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat sendiri.

 

                   Setelah Patih Gajah Mada mendengar demikian itu maka ia pun terlalu sukacita, seraya diperjamunya makan minum dan bersuka-sukaan dan diberinya persalin.

                  Setelah sudah maka Kertala Sari pun dibawanya masuk menghadap Seri Betara. Maka sembah Patih Gajah Mada, “Adapun penjurit tujuh orang yang dititahkan oleh paduka Betara pergi ke Melaka itu khabarnya sudah mati dibunuh oleh Laksamana ketujuhnya.

                  Sebermula negeri Melaka pun sedikit alah olehnya. Akan sekarang barulah patik beroleh penjurit terlalu kepetangan; inilah penjuritnya. Kertala Sari namanya,anak Pertala Bumi yang dipesan oleh bapanya kepada patik”.

                  Setelah Seri Betara mendengar sembah Patih Gajah Mada demikian itu, maka titah Seri Betara, “Hai Kertala Sari, dapatkan engkau kutitahkan membunuh Ratu Melaka dan hulubalang yang bernama Laksamana itu?”

                              (Dipetik dari Prosa Tradisional Kepimpinan Melalui Teladan dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)

 

i.            Berdasarkan petikan, nyatakan perkara yang dilakukan oleh Patih Gajah Mada setelah mendengar berita tersebut? [2 markah]

LATIHAN 4

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat sendiri.

 

Setelah datang kepada Patih Gajah Mada, Kertala Sari pun duduk menyembah. Maka kata Patih Gajah Mada, “Hai anakku Kertala Sari, sebab aku menyuruh memanggil anakku ini, kerana pesan bapamu kepada aku, ‘Jangan tiada dikasihi anakku ini,’ kerana bapamu sudahlah mati dengan pekerjaan Seri Betara. Akan sekarang anakku hendak dijadikan penggawa agung.”

          Setelah Kertala Sari mendengar kata Patih Gajah Mada itu, maka Kertala Sari pun terlalu sukacita hatinya, seraya menyembah kaki Patih Gajah Mada.

            Maka sembah Kertala Sari, “Entah apakah pekerjaan membunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu? Pada hati manira, jika negerinya pun dapat manira alahkan dengan seorang kula juga, syahadan segala anak bininya orang Melaka itu pun dapat manira ambil. Adapun jika belum manira bunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu belum mati, tiada mahu manira menjadi penggawa.”

                                                   (Dipetik dari Prosa Tradisional Kepimpinan Melalui Teladan dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)

 

i.                     Berdasarkan petikan, nyatakan sebab-sebab Patih Gajah Mada memanggil Kertala Sari?[2 markah] 

LATIHAN 3 (SOALAN BM SPM 2016 PERSIS)

 

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

                       Maka oleh ibunya segala hal-ehwal dari mulanya datang kesudahnya diceritakan pada anaknya. Setelah Kertala Sari mendengar ceritera ibunya demikian itu, maka Kertala Sari pun terlalu sangat amarahnya, “Ceh, Ratu Melaka dan Laksamana! Mati engkau olehku! Tanpa kedep tembung laku. Syahadan negeri Melaka pun habis kubinasakan. Jikalau tiada kuperbuat demikian, bukanlah aku anak penjurit yang berani dan kepetangan.”

                       Setelah sudah Kertala Sari berkata-kata demikian itu, maka orang penyuruh daripada Patih Gaja Mada itu pun datanglah. Maka dilihatnya Kertala Sari sedang berkata-kata dengan ibunya seperti laku orang berkelahi. Setelah dilihatnya oleh Kertala Sari orang datang itu, maka Kertala Sari kepada orang itu, “Siapa tuan hamba ini?”

                       Maka kata orang itu, “Manira ini disuruhkan oleh Patih Gaja Mada melihat pakanira, sudahkah datang dari Daha atau belumkah, kerana Patih Gaja Mada hendak bertemu dengan manira,” Maka Kertala Sari segera mengambil kerisnya lalu berjalan diiringkan oleh orang itu.

Dipetik dari Prosa Tradisional Kepimpinan Melalui Teladan dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)

 

i.      Berdasarkan petikan, apakah yang dikatakan oleh Kertala Sari setelah mendengar cerita daripada ibunya? [2 markah]

Laman 1 of 15

Detik Gemilang

UPSR

11-4, 18 SEPTEMBER 2017

PT3

09-11 OKTOBER 2017

SPM

6 NOV - 4 DIS 2017

 

 

JERAYAWARA BM 2017

 TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2017

5 Mei 2017

Maahad Muar

 

 

Untuk Tempahan

Boleh hubungi:

011 58309328

 

Anda ingin sertai Group  Bahasa Melayu Kertas 1103/1 SPM

Sertailah SCHOOLOGY di

https://app.schoology.com/

group/1054704394

(Access Code : TB35D-RVRPT)