Isnin, 08 Febuai 2016 02:12

Nota Sajak ROTI

Ditulis oleh 
Nilaikan butir ini
(26 undian)

Sajak Roti

(Ahmad Syahrul Wahid)

Maksud

Rangkap 1

Ruang dapur dipenuhi asap kerana roti dibakar namun bau roti bakar sangat harum.

Rangkap 2

Perut bertambah lapar kerana menunggu roti siap dibakar.

Rangkap 3

Perut akan menjadi kenyang apabila memakan roti yang telah siap dibakar.

Rangkap 4

Orang yang kaya masih tidak sempurna iman mereka jika tidak memikul tanggungjawab untuk membantu orang yang memerlukan.

Rangkap 5

Jika seseorang itu beriman maka dia harus bersyukur dengan nikmat dan kemewahan yang diperoleh.

Tema

Kehidupan masyarakat kaya dan masyakarat miskin.

Contoh: Golongan kaya hidup dalam kemewahan tetapi golongan miskin hidup dalam serba kekurangan.

Persoalan

1.    Nasib masyarakat miskin yang tidak dibantu.

Contoh: Terdapat golongan miskin yang hidup susah dan serba kekurangan sedangkan golongan kaya hidup senang-lenang serta sering melakukan pembaziran.

2.    Sikap golongan beriman dan  berkemampuan yang membantu golongan miskin.

Contoh: Seseorang yang beriman akan bersedia untuk menolong orang lain terutama golongan miskin.

3.    Kesyukuran  atas nikmat rezeki yang diperoleh.

Contoh: Golongan yang beriman akan sentiasa bersyukur dengan kemewahan dan kesenangan yang dikecapi.

 

Baca 10350 kali

Detik Gemilang

UPSR

11-4, 18 SEPTEMBER 2017

PT3

09-11 OKTOBER 2017

SPM

6 NOV - 4 DIS 2017

 

 

JERAYAWARA BM 2017

 TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2017

5 Mei 2017 (Maahad Muar)

 

Untuk Tempahan

Boleh hubungi:

+6011-58309328