Sabtu, 26 November 2016 23:15

Rumus Frasa Sendi Berpasangan

Ditulis oleh 
Nilaikan butir ini
(0 undian)

 

RUMUS FRASA SENDI

BERPASANGAN

 

 

HURAIAN

 

Dari _____ ke _____

Contoh:

... dari Muar ke Melaka ...

... dari masa ke masa ...

... dari semasa ke semasa ...

 

Daripada _____ kepada _____

Contoh:

... daripada ibu kepada anaknya ...

 

Sejak _____ hingga _____

Contoh:

... sejak dahulu hingga sekarang ...

 

... antara _____ dengan

Contoh:

... antara saya dengan Ali ...

 

... dari _____ hingga _____

Contoh:

... dari mula hingga akhir ...

 

 

Dalam frasa sendi nama yang berpasangan, kata sendi nama dari berpasangan dengankata sendi ke atau hingga.Selain itu, kata sendi daripada berpasangan dengan kepada, sejak dengan hingga, dan

sebagainya.

Selain itu, dalam frasa tersebut terdapat perkataan yang sama yang mesti dikekalkan seperti  ... masa ... masa ..., semasa ... semasa, dan

sebagainya.

Frasa tersebut salah jika ditulis seperti yang berikut:

 

... dari masa ke semasa ...

... dari semasa ke masa ...

... daripada masa ke masa ...

... dari masa kepada masa ...

 

Baca 1270 kali

Detik Gemilang

UPSR

11-4, 18 SEPTEMBER 2017

PT3

09-11 OKTOBER 2017

SPM

6 NOV - 4 DIS 2017

 

 

JERAYAWARA BM 2017

 TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2017

5 Mei 2017 (Maahad Muar)

 

Untuk Tempahan

Boleh hubungi:

+6011-58309328