Isnin, 26 Januari 2015 20:20

Sajak Kuingin Berterima Kasih

Ditulis oleh 
Nilaikan butir ini
(159 undian)

Kuingin Berterima Kasih

(Ihsan Noorzali)

MAKSUD SAJAK

Rangkap

Maksud

1

Penyajak berterima kasih kepada hujan yang turun membasahi bumi. Kehadiran hujan menyejukkan suasana dan jiwa manusia. Kedinginan yang dibawa  mampu meredakan api kemarahan.

2

Penyajak juga ingin berterima kasih dan berbakti kepada tanah yang subur. Tanah yang subur telah memberikan rezeki dan pendapatan kepada para petani.

3

Penyajak juga ingin berterima kasih kepada ikan-ikan yang di laut kerana memberikan kegembiraan kepada nelayan.

4

Penyajak juga berasa amat kagum atas pengorbanan para perajurit yang telah banyak berkorban jiwa dan raga demi mempertahankan tanah air daripada ancaman musuh. Pengorbanan mereka itu mempamerkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi seorang anak tempatan.

5

Kadangkala penyajak teringin untuk menjadi sukarelawan yang dapat mengubati duka lara dan penderitaan mangsa perang. Penyajak juga berharap dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat dunia betapa peperangan hanya akan menimbulkan lebih banyak kehancuran dan penderitaan.

6

Penyajak berpendapat bahawa dunia akan lebih aman dan damai jika semua pihak dapat berfikir secara waras dan bersama-sama berganding bahu menuju kejayaan dan keamanan sejagat.

TEMA

Menghargai dan mensyukuri kurniaan Tuhan kepada manusia.

PERSOALAN

      i.        Hujan memberikan kesejahteraan kepada manusia.

     ii.        Berbakti kepada tanah akan membuahkan hasil.

    iii.        Ikan di laut memberikan pendapatan kepada nelayan.

   iv.        Menghargai jasa perwira-perwira negara.

    v.        Dunia akan menjadi aman damai dan  indah jika semua orang menghargainya.

BENTUK

  1. Bebas
  2. Terdapat enam rangkap
  3. Baris-baris ayat dan rima akhir

·         Rangkap 1 terdapat 4 baris.  Rima akhir abcd

·         Rangkap 2 terdapat 4 baris.  Rima akhir abca

·         Rangkap 3 terdapat 5 baris.  Rima akhir abccc

·         Rangkap 4 terdapat 5 baris.  Rima akhir abcbb

·         Rangkap 5 terdapat 5 baris.  Rima akhir abcbd

·         Rangkap 6 terdapat 3 baris.  Rima akhir abc

GAYA BAHASA

  • Simile

Contoh:  kepada hujan bagai tetamu

  • Personifikasi

Contoh:  ikan-ikan yang riang

  • Metafora

Contoh:  darah kesetiaan

  • Kata Ganda

Contoh: di taman-taman keresahan hidup

  • Asonansi - pengulangan vokal a

             Contoh :  kepadamu pejuang negara

  • Aliterasi - pengulangan konsonan k

             Contoh :  sesekali kuingin kalungkan kagum

NILAI

  • Mengenang jasa

Contoh:  mengenang jasa pejuang negara.

  • Keinsafan

Contoh:  perang menyebabkan kerosakan kepada manusia dan alam.

  • Kesetiaan

Contoh: pejuang setia kepada negara.

  • Kesyukuran

Contoh: mensyukuri nikmat pemberian Tuhan.

PENGAJARAN

  • Kita hendaklah mengenang jasa mereka yang telah berjuang untuk negara.
  • Kita haruslah mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Tuhan kepada kita.
  • Kita hendaklah sanggup berjuang demi negara tercinta.

 

 

 

Baca 52095 kali

Detik Gemilang

UPSR

11-4, 18 SEPTEMBER 2017

PT3

09-11 OKTOBER 2017

SPM

6 NOV - 4 DIS 2017

 

 

JERAYAWARA BM 2017

 TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2017

5 Mei 2017 (Maahad Muar)

 

Untuk Tempahan

Boleh hubungi:

+6011-58309328