Isnin, 26 Januari 2015 20:16

Sajak Kita Umpama Sehelai Daun

Ditulis oleh 
Nilaikan butir ini
(109 undian)

Kita Umpama Sehelai  Daun

(Smahadzir)

MAKSUD SAJAK

Rangkap

Maksud

1

Kehidupan manusia di muka bumi ini boleh diibaratkan sebagai sehelai daun. Apabila manusia dilahirkan , membesar dan menjadi dewasa, seharusnya mereka telah mampu menyumbangkan jasa untuk menerangi  kehidupan insan lain agar keluar dari belenggu penderitaan.

2

Jika kita gagal menjadi manusia yang tahu membuat jasa, maka tiadalah ruang dan peluang bagi mereka yang hidup dalam kepayahan untuk bergantung harap.

3

Kehidupan manusia ibarat sehelai daun yang akan menjadi tua dan mati. Maka janganlah kita terlalu sombong dan bangga diri dengan kelebihan yang dimiliki sehingga melupakan kesusahan hidup orang lain yang bergantung harap kepada kita.

4

Jadikanlah hidup kita seperti sehelai daun, sewaktu hidup menyumbang jasa. Malah setelah matipun, banyak jasa dan bakti kita masih dapat dimanfaatkan oleh orang lain.

 

TEMA

Mengamalkan sikap yang baik dalam kehidupan.

PERSOALAN

  1. Senantiasa memberi sumbangan dan kebaikan kepada masyarakat.
  2. Tidak kedekut dan malas untuk membantu orang lain. Hal ini akan  menyebabkan hubungan dengan masyarakat akan menjadi renggang.
  3. Sikap angkuh dan mementingkan diri sendiri akan menyusahkan orang lain.

BENTUK

  1. Bebas
  2. Terdapat empat rangkap
  3. Baris-baris ayat dan rima akhir

·         Rangkap 1 terdapat 5 baris.  Rima akhir ababc

·         Rangkap 2 terdapat 4 baris.  Rima akhir abcd

·         Rangkap 3 terdapat 5 baris.  Rima akhir abcbd

·         Rangkap 4 terdapat 3 baris.  Rima akhir abb

GAYA BAHASA

  1. Simile

Contoh :  kita umpama sehelai daun

  1. Personifikasi

Contoh :  tempat bercanda unggas meriang

  1. Pengulangan baris

Contoh :  kita umpama sehelai daun

  1. Asonansi - pengulangan vokal a

Contoh :  andai kikir jasa dan bakti

  1. Aliterasi – pengulangan konsonan m

Contoh :  hijau menunas menyegar mata

NILAI

  1. Nilai bertanggungjawab

Contoh: Bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang lain

  1. Nilai prihatin

Contoh: Prihatin terhadap golongan miskin dan anak-anak yatim

  1. Nilai kesederhanaan

Senantiasa mengamalkan sikap sederhana dalam kehidupan

PENGAJARAN

  1. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap kepentingan masyarakat
  2. Kita mestilah prihatin terhadap golongan yang memerlukan
  3. Kita hendaklah sentiasa mengamalkan sikap yang sederhana

 

Baca 37470 kali Dipinda pada Isnin, 26 Januari 2015 20:47

Detik Gemilang

UPSR

11-4, 18 SEPTEMBER 2017

PT3

09-11 OKTOBER 2017

SPM

6 NOV - 4 DIS 2017

 

 

JERAYAWARA BM 2017

 TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2017

5 Mei 2017 (Maahad Muar)

 

Untuk Tempahan

Boleh hubungi:

+6011-58309328