Isnin, 26 Januari 2015 19:45

Pantun Kanak-Kanak

Ditulis oleh 
Nilaikan butir ini
(16 undian)

PANTUN  DUA  KERAT

Pantun Kanak-kanak.

MAKSUD

Rangkap

Maksud

 

1

Setiap manusia dilahirkan dengan hati dan perasaan yang berbeza-beza.

 

2

Kerbau yang tidak mampu beranak, akan mempunyai banyak lemak.

 

3

Hilang sesuatu yang kecil, akan digantikan dengan sesuatu yang lebih besar.

 

4

Pihak lain yang bersusah payah, pihak lain pula yang mendapat hasil.

 

5

Disebabkan mulut yang terlajak kata, badan yang akan menerima padahnya.

 

TEMA

Bertemakan nasihat  dalam menjalani realiti kehidupan seharian.

PERSOALAN

1.     Setiap orang mempunyai citarasa yang berlainan.

Contoh :-          Lain dulang lain kakinya,

                        Lain orang lain hatinya.

 

2.     Penjagaan kesihatan amat perlu bagi mengelakkan obesiti.

Contoh :-          Hujung bendul dalam semak,

                        Kerbau mandul banyak lemak.

 

3.     Kehilangan sesuatu yang kecil akan memberikan manfaat yang lebih bernilai.

Contoh :-          Taptibau puyuh padang,

                        Hilang pisau berganti parang.

 

4.     Bersyukur dengan usaha yang telah dicurahkan, namun harus reda dengan rezeki yang diberikan oleh Tuhan.

Contoh :-          Ke bilik ke dapur gulai asam pedas,

                        Itik bertelur ayam menetas.

5.     Tidak bersopan dalam bertutur  terhadap seseorang akan membawa bencana kepada orang itu.

Contoh :-          sebab pulut santan binasa,

                        sebab mulut badan binasa.

BENTUK

 

1.     Mempunyai lima rangkap

2.     Setiap rangkap mempunyai dua baris.

3.     Terdiri daripada tujuh hingga 12 suku kata.

4.     Terdiri daripada empat hingga tujuh perkataan dalam sebaris.

5.     Rima akhirnya  aa.

GAYA BAHASA

1.     Repitisi             -           pengulangan perkataan  lain

contoh :-   Lain dulang lain kakinya

      Lain orang lain hatinya.

2.     Asonansi          -          pengulangan vokal a

Contoh :-          hilang pisau berganti parang

3.     Aliterasi            -           pengulangan konsonan  b

Contoh :-          sebab mulut badan binasa.

4.     Imejan   -           imej alam

Contoh :-          kerbau, puyuh, itik, ayam,

NILAI

1.     Keprihatinan – mengambilberat dan prihatin terhadap penjagaan kesihatan agar dapat mengelakkan pelbagai penyakit.

Contoh :           Hujung bendul dalam semak,

Kerbau mandul banyak lemak.

2.     Kesyukuran - Bersyukur dan reda dengan ketentuan Tuhan.

 Contoh:-          Ke bilik ke dapur gulai asam pedas,

Itik bertelur ayam menetas.

Contoh :-          Taptibau puyuh padang,

Hilang pisau berganti parang.

 

3.     Kesopanan – sikap tidak bersopan ketika berkata-kata harus dielakkan demi kebaikan diri.

Contoh :-          Sebab pulut  santan binasa

                        Sebab mulut  badan binasa

PENGAJARAN

1.     Kita haruslah sentiasa bersopan santun apabila bercakap agar tidak menyakiti hati orang lain.     

        Contoh :-              Sebab pulut  santan binasa

                                       Sebab mulut  badan binasa

2.     Kita sepatut nya bersyukur dan reda dengan rezeki yang telah ditentukan oleh Tuhan.                  

         Contoh :-            Taptibau puyuh padang,

Hilang pisau berganti parang.

3.     Kita sewajarnya menjaga kesihatan diri agar dapat mengelakkan daripada menghidapi pelbagai penyakit.

Contoh :           Hujung bendul dalam semak,

Kerbau mandul banyak lemak.

 

Baca 17672 kali

Detik Gemilang

UPSR

11-4, 18 SEPTEMBER 2017

PT3

09-11 OKTOBER 2017

SPM

6 NOV - 4 DIS 2017

 

 

JERAYAWARA BM 2017

 TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2017

5 Mei 2017 (Maahad Muar)

 

Untuk Tempahan

Boleh hubungi:

+6011-58309328