Ahad, 25 Januari 2015 20:31

Cerpen Hadiah

Ditulis oleh 
Nilaikan butir ini
(102 undian)

Hadiah

( Tie Camar )

 

SINOPSIS

Mengisahkan sekumpulan murid yang sedang bercakap-cakap mengenai hadiah yang akan diberikan kepada guru kesayangan mereka sewaktu sambutan Hari Guru yang akan tiba tidak lama lagi. Setiap murid masing-masing menceritakan mengenai kehebatan hadiah yang akan diberikan. Azizah seorang pelajar yang miskin tidak mampu untuk membelikan hadiah kepada guru kesayangannya, Cikgu Zaleha. Azizah berasa risau dan sedih kerana dia tidak mampu untuk membeli hadiah untuk gurunya.

            Azizah cuba meminta duit daripada emaknya namun hampa kerana emaknya menyatakan bahawa dia tidak mempunyai duit untuk diberikan kepada Azizah. Sekali lagi Azizah cuba meminta duit tetapi kali ini dia cuba meminta duit daripada bapanya pula. Namun, Azizah sekali lagi terpaksa menerima hakikat bahawa keluarganya tidak mampu untuk memberikan duit kepadanya.

            Akhirnya, Azizah berasa lega kerana emaknya  telah mencadangkan agar Azizah membuat tudung saji untuk dijadikan sebagai hadiah kepada Cikgu Zaleha. Setelah mempelajari cara menganyam daripada emaknya, Azizah berusaha untuk menyiapkan tudung saji yang cantik untuk diberikan kepada Cikgu Zaleha. Apabila Hari Guru tiba, Azizah terlalu gembira untuk menyerahkan hadiah kepada cikgu kesayangannya. Setelah menyerahkan hadiah kepada Cikgu Zaleha, Azizah dikejutkan dengan tawaran oleh Cikgu Zaleha kepadanya mengenai satu pertandingan.

            Setelah menerima tawaran tersebut, Azizah telah berusaha sedaya upayanya untuk menghasilkan pelbagai rekaan yang berkualiti dan menarik. Azizah telah berjaya memenangi Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah dan seterusnya ke peringkat negeri. Sehinggalah dia ahkirnya telah berjaya menambat hati juri dan hakim di peringkat kebangsaan. Hakikatnya usaha gigih dan kerajinan yang ditunjukkan Azizah adalah satu kejayaan terbesar Cikgu Azizah.

 

TEMA

Kegigihan dan kecekalan seorang murid yang akhirnya memperoleh kejayaan.

Buktinya, kesungguhan Azizah setelah menerima tawaran Cikgu Zaleha untuk menyertai Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah. Seterusnya, Azizah telah berjaya layak ke peringkat negeri dan juga memperoleh kejayaan untuk meneruskan ke peringkat kebangsaan.

 

PERSOALAN

Persoalan menghargai jasa guru.

i.      Persoalan ini dapat dilihat pada gelagat murid-murid yang begitu teruja untuk memberikan hadiah kepada guru masing-masing sempan sambutan Hari Guru.

 

ii.    Persoalan Kegigihan dan kerajinan seorang murid.

Persoalan ini dapat dilihat pada watak Azizah yang begitu gigih menghasilkan tudung saji yang ingin dihadiahkan kepada guru kesayangannya. Selain itu,       dia juga gigih dan rajin menghasilkan bahan yang akan digunakan untuk Pertandingan Kraftangan.

 

PLOT

i.      Permulaan

Sekumpulan murid sedang bercakap-cakap mengenai hadiah yang akan diberikan kepada guru masing-masing sempena dengan sambutan Hari Guru.

 

ii.      Perkembangan

Azizah cuba meminta duit daripada emak dan bapanya untuk memastikan dia dapat membeli hadiah untuk gurunya. Namun, semuanya hampa kerana ibubapanya tidak mampu untuk memberikan duit kepada Azizah akibat kehidupan mereka yang serba kekurangan. Akhirnya, Azizah telah mendapat idea daripada emaknya untuk membuat tudung saji sebagai hadiah kepada CIkgu Zaleha.

 

iii.   Klimaks

Azizah menerima borang Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah daripada Cikgu Zaleha.

 

iv.   Peleraian

Azizah telah menjadi johan untuk Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah dan naib johan peringkat negeri. Seterusnya Azizah telah berjaya menambat hati juri dam hakim peringkat kebangsaan manakala Cikgu Zaleha telah Guru Inovatif.

 

TEKNIK PENCERITAAN

 

i.      Dialog

                Contoh: "Kau nak hadiahkan apa, Aliza?" Tanya Hamidah.

 

ii.    Monolog Dalaman

Contoh: Cukupkah dengan dua ringgit? Nak beli apa?Sapu tangan? Sehelai sapu tangan harganya dua ringgit lapan puluh sen.

iii.   Saspens
Contoh: "Azizah, cikgu nak hadiah yang lebih besar, boleh?" Wajah Cikgu Zaleha yang begitu tulus dan penuh kesungguhan itu ditenung Azizah lama-        lama. Ingin meneka apa yang tersirat disebalik perkataan "besar" itu.

WATAK PERWATAKAN

Watak Utama

Azizah

i.      Seorang murid yang miskin.

ii.    Murid kesayangan Cikgu Zaleha.

iii.   Seorang yang terlalu merendah diri.

Contoh: Cikgu Zaleha yakin sungguh kepada Azizah yang diiktiraf sebagai serba boleh, cuma sifat rendah diri Azizah itu terlalu tebal.

iv.   Seorang murid yang rajin

Contoh: Azizah juga dipuji kerana rajin belajar dan merupakan pelajar  yang berdisiplin.

           

Watak Sampingan

Cikgu Zaleha

I.              Cikgu kepada Azizah

II.            Seorang guru yang berdedikasi

                       

Emak

            i           emak  Azizah

            ii          seorang yang cacat sebelah kaki

            iii         mengambil upah menganyam tikar mengkuang

Bapa

            i           bapa Azizah

            ii          berkerja sebagai penarik beca

            iii        

LATAR

Latar Masa

Waktu pagi

Contoh: Azizah bertanya bapanya mengenai duit sewaktu mereka sedang bersarapan pagi.

ii          Waktu petang

            Contoh: Azizah sibuk menganyam tudung saji yang akan diberikan kepada Cikgu Zaleha.

iii         Hari Guru

            Contoh: Cikgu Zaleha dikerumuni ramai peminat cilik yang beratur untuk memberikan hadiah padanya.

 

Latar Tempat

i           Kelas

            Contoh: Di dalam kelas tempat Azizah dan kawan-kawanya sedang bercakap-cakap mengenai hadiah yang akan diberikan kepada guru mereka.

ii          Rumah Azizah

            Contoh: Sewaktu Azizah meminta duit dengan emaknya untuk membelikan hadiah kepada Cikgu Zaleha.

iii         Bilik Guru

            Contoh: Sewaktu Azizah bertanya pada Cikgu Zaleha mengenai hadiah yang diinginkan oleh Cikgunya itu.

iv         Tapak Perhimpunan

            Contoh: Tempat majlis sambutan Hari Guru diadakan.

Latar Masyarakat

i           Masyarakat Pelajar

ii          Masyarakat yang miskin

iii         Masyarakat Guru

Gaya Bahasa

i           Sinkope

            Contoh: "Tak payahlah Zizah, menyusahkan kamu saja."

   

Nilai

i           Nilai Ketabahan

ii          Nilai Kasih Sayang

            Contoh: Azizah sayangkan Cikgu Zaleha kerana guru itu selalu memuji     kepandaian Azizah dalam kebanyakan mata pelajaran.

iii         Nilai Kerajinan

            Contoh: Azizah pulang tengahari itu dengan tekad dan semangat kuat untuk         membuktikan bahawa usaha gigih dapat membina dirinya.

Pengajaran

i           Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup

ii          Kita mestilah rajin dalam melakukan sesuatu kerja

iii         Kita perlulah menanam sifat kasih sayang dengan guru

 

 

Baca 39613 kali Dipinda pada Isnin, 26 Januari 2015 12:17

Detik Gemilang

UPSR

11-4, 18 SEPTEMBER 2017

PT3

09-11 OKTOBER 2017

SPM

6 NOV - 4 DIS 2017

 

 

JERAYAWARA BM 2017

 TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2017

5 Mei 2017 (Maahad Muar)

 

Untuk Tempahan

Boleh hubungi:

+6011-58309328