Ahad, 19 Mac 2017 07:14

Latihan Pemahaman AJKKDI 3

Ditulis oleh 
Nilaikan butir ini
(0 undian)

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 

AIMAN       : Abang ini banyak cakap pula, macamlah abang pernah sertai program tu.

POSMEN   : Memanglah abang tak pernah sertai program itu. Tapi, hasil daripadanya, dah banyak yang abang nampak.

AIMAN       : Tak fahamlah saya, bang.

POSMEN   : Maksud abang, remaja yang dah menyertai program ini, apabila tamat latihan, banyak kesan positif yang wujud dalam diri mereka. Anak jiran abang dulu pemalas. Kalau balik rumah cuma tahu tidur dan makan saja. Tapi selepas tamat program itu abang tengok dia dah rajin tolong keluarganya dan baru nampak rasa hormat kepada orang tua. Hasil yang paling dekat dengan diri abang ialah adik abang sendiri. Memang bagus program itu. Banyak perubahan positif dalam diri dia.

AIMAN       : Apa sajalah. Doakanlah, mana tahu terbuka hati saya untuk sertainya kelak.

POSMEN   : Terpulang, tak ada siapa yang akan rugi kalua adik tak pergi kecuali diri adik sendiri. Fikirkanlah baik-baik. Abang banyak lagi surat yang hendak dihantar. Amanah orang semua surat ni.

AIMAN       : Terima kasih.

                            (POSMEN berlalu. Tinggal AIMAN sendirian memikirkan sesuatu).

AIMAN       : Patutkah aku simpan surat ini atau patut aku buang saja? Hmm, kalau aku buang, nanti ada orang lain jumpa pula. Hah, baik aku bakar! Tak ada kesannya nanti. Baik aku simpan dulu, cukup masa kalau aku tak berminat, baru aku bakar.

                             (Dipetik dari Drama Berkhidmat Untuk Negara dari Istanbul dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)

 

i.       Menurut posmen tersebut, apakah kesan positif menyertai “program” yang sedang dibualkan pada anak jirannya? [2 markah]

 

ii.      Pada pandangan anda, apakah kepentingan amanah dalam perkerjaan? [3 markah]

iii.     PLKN membawa kesan positif kepada lepasan SPM. Bincangkan. [4 markah]

iv.     Nyatakan nilai yang terdapat dalam petikan dan satu nilai lagi berdasarkan keseluruhan drama.[4 markah]

v.      Nyatakan persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan lagi berdasarkan keseluruhan drama.[4 markah]

vi.    Nyatakan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran lagi berdasarkan keseluruhan drama. [4 markah]

vii.   Nyatakan latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan satu latar masyarakat berdasarkan keseluruhan drama. [4 markah]

 

 

 

 

Baca 888 kali Dipinda pada Ahad, 19 Mac 2017 07:20

Detik Gemilang

UPSR

11-4, 18 SEPTEMBER 2017

PT3

09-11 OKTOBER 2017

SPM

6 NOV - 4 DIS 2017

 

 

JERAYAWARA BM 2017

 TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2017

5 Mei 2017 (Maahad Muar)

 

Untuk Tempahan

Boleh hubungi:

+6011-58309328

 

 

 

 

5207246
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
4033
4258
17235
5169614
47389
206542
5207246

Your IP: 54.90.159.192
Server Time: 2017-12-15 15:39:18