Ahad, 19 Mac 2017 07:10

Latihan Pemahaman AJKKDI 4

Ditulis oleh 
Nilaikan butir ini
(0 undian)

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat sendiri.

 

                           Selain itu,aku mungkin ditimpa musibah dan perlu mendapatkan rawatan segera menggunakan wang sendiri.Namun,aku berdoa agar ubat-ubat homeopati seperti Arnica 30c, Arsenik 30c, Arconite 30c, Rhus Tox 30c,dan Nux Vomica 30c yang terdapat dalam beg dapat membantuku bertahan daripada sebarang alahan seperti cuaca sejuk, perbezaan makanan, serta aktiviti lasak. Aku juga sedar akan keadaan rambang mataku yang satu ini pantang berjumpa bahan bacaaan. Biasanya, aku akan menghabiskan seluruh duitku untuk membeli buku dan majalah di mana-mana lapangan terbang di luar negara sebelum pulang ke tanah air.

                              Sesungguhnya, jaket kulit kijang dari Istanbul langsung tidak termasuk dalam senarai perancangan belanjawanku.

                   Kisah aku akhirnya ‘terbeli’ jaket kulit kijang dari Istanbul ini bermula pada hari kelima lawatanku ke Turki.Aku sengaja menggunakan perkataan ‘terbeli’ kerana aku benar-benar tidak ada niat untuk membelinya.Ahli rombongan kami yang seramai 30 orang dibenarkan pergi membeli-belah di Garand Bazaar yang terletak lbih kurang satu kilometer dari tempat penginapan kami di Hotel Senator.

                          (Dipetik dari Cerpen Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)

 

i.       Berdasarkan petikan, apakah cabaran yang dihadapi “aku” sepanjang keberadaannya di Istanbul? [2 markah]

 

 

ii.     Pada pendapat anda,apakah persiapan yang diperlukan sebelum melancong?[3 markah]

 

iii.    Pada pendapat anda,wajarkah kerajaan memberi tumpuan dalam pembangunan sektor pelancongan negara. Jelaskan jawapan anda. [4 markah]

 

iv.     Nyatakan nilai yang terdapat dalam petikan dan satu nilai lagi berdasarkan keseluruhan cerpen. [4 markah]

v.      Nyatakan persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan lagi berdasarkan keseluruhan cerpen. [4 markah]

vi.     Nyatakan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran lagi berdasarkan keseluruhan cerpen. [4 markah]

vii.    Nyatakan latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan satu latar masyarakat berdasarkan keseluruhan cerpen.[4 markah]

 

 

 

 

Baca 231 kali Dipinda pada Ahad, 19 Mac 2017 07:13

Detik Gemilang

UPSR

11-4, 18 SEPTEMBER 2017

PT3

09-11 OKTOBER 2017

SPM

6 NOV - 4 DIS 2017

 

 

JERAYAWARA BM 2017

 TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2017

5 Mei 2017

Maahad Muar

 

 

Untuk Tempahan

Boleh hubungi:

011 58309328

 

Anda ingin sertai Group  Bahasa Melayu Kertas 1103/1 SPM

Sertailah SCHOOLOGY di

https://app.schoology.com/

group/1054704394

(Access Code : TB35D-RVRPT)

 

 

 

 

4153769
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
2197
3324
9011
4114024
149868
142645
4153769

Your IP: 54.162.54.155
Server Time: 2017-05-24 19:42:26