Ahad, 19 Mac 2017 07:07

Latihan Pemahaman AJKKDI 5

Ditulis oleh 
Nilaikan butir ini
(1 Undi)

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 

                       SETIAP kali saya meluahkan hasrat untuk bermastautin di ibu kota, bonda memberikan pelbagai alasan agar saya terus menetap di kampung halaman tercinta ini.Kata bonda,ilmu agama saya masih terlalu cetek dan nipis. Bimbang, saya akan hanyut dibawa arus hedonism dan modenisme yang sedang melanda anak-anak muda kota.Malahan,kata bonda lagi,bahasa ibunda saya juga masih lemah.Bahasa yang membesarkan saya dengan segala adat resam dan nilai budaya warisan turun-temurun.Bahasa yang diwarisi nenek moyang sejak zaman-berzaman.

                       Bonda tahu,secubit ilmu yang mengisi dada saya yang kerdil ini tidak akan mampu mengekang ledakan perubahan sosial yang boleh meragut jati diri saya sebagai generasi bermaruah.Saya akui kebenaran kata-kata bonda tentang malapetaka yang sedang menghinggapi sekian ramai anak-anak sebangsa saya.Kebanyakan tergadai maruah dan harga diri dek mengejar dunia yang bergelar globalisasi dalam menuju arus perdana.

                        (Dipetik dari Cerpen Munsyi dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)

i.     Berdasarkan petikan, nyatakan sebab-sebab ibu tidak membenarkan Mel bermastautin di ibu kota? [2 markah]

 

ii.    Berdasarkan petikan, apakah yang membuatkan Mel akur akan perintah ibunya untuk terus menetap di kampung? [2 markah]

iii.  Masalah sosial mendatangkan kesan buruk kepada remaja. Pada pandangan anda, apakah langkah-langkah untuk mengatasi gejala sosial dalam kalangan remaja? [3 markah]

iv.   Sekiranya anda Mel, apakah persediaan yang anda akan lakukan untuk bermastautin di ibukota tanpa hanyut dalam arus hedonisme? [3 markah]

v.     Nyatakan nilai yang terdapat dalam petikan dan satu nilai lagi berdasarkan keseluruhan cerpen. [4 markah]

vi.    Nyatakan persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan lagi berdasarkan keseluruhan cerpen. [4 markah]

vii.  Nyatakan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu satu pengajaran lagi berdasarkan keseluruhan cerpen. [4 markah]

 

 

 

 

Baca 533 kali Dipinda pada Ahad, 19 Mac 2017 07:10

Detik Gemilang

UPSR

11-4, 18 SEPTEMBER 2017

PT3

09-11 OKTOBER 2017

SPM

6 NOV - 4 DIS 2017

 

 

JERAYAWARA BM 2017

 TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2017

5 Mei 2017 (Maahad Muar)

 

Untuk Tempahan

Boleh hubungi:

+6011-58309328

 

 

 

 

4871055
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
4232
5208
21584
4812251
127211
160381
4871055

Your IP: 54.161.73.123
Server Time: 2017-10-20 19:28:00