Ahad, 19 Mac 2017 06:58

Latihan Pemahaman AJKKDI 6

Ditulis oleh 
Nilaikan butir ini
(0 undian)

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 

              Hakim sedar bahawa tanah empat ekar itu bukanlah luas kalau dibandingkan dengan tanah yang dimiliki oleh para orang kaya yang ada di seluruh negara. Tanah itu pun tidaklah tinggi nilainya seperti tanah-tanah di bandar yang melambung naik. Namun, dia amat bersyukur kerana berjaya menebus kembali tanah itu dan yang lebih penting lagi dia juga dapat membersihkan nama dan menebus maruah datuknya Kaduk, yang sudah bertahun-tahun menjadi ejekan bangsa.

           Hakim pernah berseloroh, “Kalau aku berjaya menebus kembali tanah itu, aku nak dirikan sebuah memorial. Aku akan namakannya Memorial Pak Kaduk. Biar memorial itu menjadi peringatan kepada semua umat Melayu agar berhati-hati dengan tanah mereka. Maksud aku, biar mereka menjaga hak-hak mereka agar tidak terlepas ke tangan orang lain.”

                                            (Dipetik dari Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)

 i.      Berdasarkan petikan di atas, mengapakah Hakim berasa bersyukur? [2 markah]

 

 ii.      Berdasarkan petikan di atas, mengapakah memorial Pak Kaduk didirikan di situ? [2 markah]

 iii.     Pada pendapat anda, apakah yang patut dilakukan oleh rakyat untuk melindungi hak masing-masing? [3 markah]

 iv.     Pada pendapat anda, apakah yang patut dilakukan terhadap tanah terbiar yang banyak di Negara kita ? [3 markah]

 v.      Nyatakan nilai berdasarkan petikan dan satu nilai lagi berdasarkan keseluruhan cerpen?  [4 markah]

 iv.    Nyatakan pengajaran berdasarkan petikan dan satu pengajaran lagi berdasarkan keseluruhan cerpen?[4 markah

 

 

 

 

 

Baca 483 kali Dipinda pada Ahad, 19 Mac 2017 07:07

Detik Gemilang

UPSR

11-4, 18 SEPTEMBER 2017

PT3

09-11 OKTOBER 2017

SPM

6 NOV - 4 DIS 2017

 

 

JERAYAWARA BM 2017

 TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2017

5 Mei 2017 (Maahad Muar)

 

Untuk Tempahan

Boleh hubungi:

+6011-58309328

 

 

 

 

4871058
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
4235
5208
21587
4812251
127214
160381
4871058

Your IP: 54.161.73.123
Server Time: 2017-10-20 19:28:24