Sabtu, 11 Mac 2017 20:49

Latihan Prosa Tradisional ASR 6:

Ditulis oleh 
Nilaikan butir ini
(1 Undi)

LATIHAN 6

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat sendiri.

 

           Berapa lamanya maka Kertala Sari pun sampailah ke Melaka. Maka ia pun singgah di luar kota pada kampung segala Jawa. Maka Kertala Sari pun menyamarkan dirinya kepada segala Jawa yang banyak itu. Maka Kertala Sari pun sedia kala berjalan keluar masuk bermain-main segenap kampung orang kaya- kaya dan saudagar.

             Setelah diketahuinya,maka Kertala Sari pun masuk menyamar pada orang Patih Kerma Wijaya. Tatkala itu Kertala Sari pun masuk seorangnya mengikut Patih Karma Wijaya pergi menghadap sama dengan Jawa yang banyak itu. Maka oleh Kertala Sari segala hulubalang yang menghadap sama-sama itu dilihatnya seorang kepada seorang. Maka Kertala Sari pun pandang pada Laksaman; maka ia pun fikir di dalam hatinya,”Dialah gerangan hulubalang Ratu Melaka yang bernama Laksamana itu. Jikalau demikian lakunya ,sungguhlah ia dapat membunuh bapaku, kerana ia penjurit besar lagi kepetangan.”

                                        (Dipetik dari Prosa Tradisional Kepimpinan Melalui Teladan dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)

 

i.                     Berdasarkan petikan, apakah perkara yang dilakukan oleh Kertala Sari apabila dia singgah di kampung segala Jawa? [2 markah] 

 

ii.                   Berdasarkan petikan, apakah perlara yang dilakukan oleh Kertala Sari setelah dia menyamar pada orang Patih Gajah Mada?[2 markah]

iii.                 Pada pandangan anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan Kertala Sari ingin membunuh Laksamana?[3 markah]

iv.                 Sekiranya anda Laksamana, apakah yang anda lakukan untuk meleraikan perbalahan dengan Kertala Sari?[3 markah] 

 v.                   Pada pandangan anda, perlukah seseorang itu menyamar untuk memperoleh sesuatu maklumat?[4 markah]

 vi.                 Sekiranya anda seorang penyiasat persendirian, bagaimanakah anda memastikan kegiatan anda tidak diketahui ramai ?[4 markah]

 

Baca 756 kali Dipinda pada Sabtu, 11 Mac 2017 20:51

Detik Gemilang

UPSR

11-4, 18 SEPTEMBER 2017

PT3

09-11 OKTOBER 2017

SPM

6 NOV - 4 DIS 2017

 

 

JERAYAWARA BM 2017

 TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2017

5 Mei 2017 (Maahad Muar)

 

Untuk Tempahan

Boleh hubungi:

+6011-58309328

 

 

 

 

5207380
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
4167
4258
17369
5169614
47523
206542
5207380

Your IP: 54.90.159.192
Server Time: 2017-12-15 15:59:25