Sabtu, 11 Mac 2017 20:43

Latihan Prosa Tradisional ASR 4:

Ditulis oleh 
Nilaikan butir ini
(1 Undi)

LATIHAN 4

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat sendiri.

 

Setelah datang kepada Patih Gajah Mada, Kertala Sari pun duduk menyembah. Maka kata Patih Gajah Mada, “Hai anakku Kertala Sari, sebab aku menyuruh memanggil anakku ini, kerana pesan bapamu kepada aku, ‘Jangan tiada dikasihi anakku ini,’ kerana bapamu sudahlah mati dengan pekerjaan Seri Betara. Akan sekarang anakku hendak dijadikan penggawa agung.”

          Setelah Kertala Sari mendengar kata Patih Gajah Mada itu, maka Kertala Sari pun terlalu sukacita hatinya, seraya menyembah kaki Patih Gajah Mada.

            Maka sembah Kertala Sari, “Entah apakah pekerjaan membunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu? Pada hati manira, jika negerinya pun dapat manira alahkan dengan seorang kula juga, syahadan segala anak bininya orang Melaka itu pun dapat manira ambil. Adapun jika belum manira bunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu belum mati, tiada mahu manira menjadi penggawa.”

                                                   (Dipetik dari Prosa Tradisional Kepimpinan Melalui Teladan dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)

 

i.                     Berdasarkan petikan, nyatakan sebab-sebab Patih Gajah Mada memanggil Kertala Sari?[2 markah] 

 

ii.                   Berdasarkan petikan, apakah kesan sekiranya manira tidak dapat membunuh ratu Melaka dan laksamana?[2 markah]

 iii.                 Pada pandangan anda, apakah langkah-langah untuk memupuk hubungan yang baik antara masyarakat tempatan dengan masyarakat luar Negara.[3markah] 

iv.                 Pada pendapat anda, wajarkah keganasan dan pembunuhan berlaku?[4 markah] 

v.                   Pada pandangan anda, apakah punca perbalahan antara masyarakat tempatan dengan masyarakat luar negara?[4 markah] 

vi.                 Pada pendapat anda, wajarkah Kertala Sari dibunuh?[4 markah]

 

 

 

Baca 1086 kali Dipinda pada Sabtu, 11 Mac 2017 20:45

Detik Gemilang

UPSR

11-4, 18 SEPTEMBER 2017

PT3

09-11 OKTOBER 2017

SPM

6 NOV - 4 DIS 2017

 

 

JERAYAWARA BM 2017

 TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2017

5 Mei 2017 (Maahad Muar)

 

Untuk Tempahan

Boleh hubungi:

+6011-58309328

 

 

 

 

5207352
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
4139
4258
17341
5169614
47495
206542
5207352

Your IP: 54.90.159.192
Server Time: 2017-12-15 15:55:11