Sabtu, 11 Mac 2017 20:40

Latihan Prosa Tradisional ASR 3:

Ditulis oleh 
Nilaikan butir ini
(0 undian)

LATIHAN 3 (SOALAN BM SPM 2016 PERSIS)

 

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

                       Maka oleh ibunya segala hal-ehwal dari mulanya datang kesudahnya diceritakan pada anaknya. Setelah Kertala Sari mendengar ceritera ibunya demikian itu, maka Kertala Sari pun terlalu sangat amarahnya, “Ceh, Ratu Melaka dan Laksamana! Mati engkau olehku! Tanpa kedep tembung laku. Syahadan negeri Melaka pun habis kubinasakan. Jikalau tiada kuperbuat demikian, bukanlah aku anak penjurit yang berani dan kepetangan.”

                       Setelah sudah Kertala Sari berkata-kata demikian itu, maka orang penyuruh daripada Patih Gaja Mada itu pun datanglah. Maka dilihatnya Kertala Sari sedang berkata-kata dengan ibunya seperti laku orang berkelahi. Setelah dilihatnya oleh Kertala Sari orang datang itu, maka Kertala Sari kepada orang itu, “Siapa tuan hamba ini?”

                       Maka kata orang itu, “Manira ini disuruhkan oleh Patih Gaja Mada melihat pakanira, sudahkah datang dari Daha atau belumkah, kerana Patih Gaja Mada hendak bertemu dengan manira,” Maka Kertala Sari segera mengambil kerisnya lalu berjalan diiringkan oleh orang itu.

Dipetik dari Prosa Tradisional Kepimpinan Melalui Teladan dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)

 

i.      Berdasarkan petikan, apakah yang dikatakan oleh Kertala Sari setelah mendengar cerita daripada ibunya? [2 markah]

ii.    Berdasarkan petikan, apakah yang dilihat oleh orang suruhan Patih Gajah Mada apabila mereka mendatangi Kertala Sari? [2 markah]

iii.  Pada pendapat anda, apakah faktor yang menyebabkan hubungan kekeluargaan semakin renggang dalam kalangan ahli keluarga?[3 markah] 

iv.  Sekiranya anda Kertala Sari, wajarkah anda berdendam terhadap orang yang membunuh ahli keluarga anda?[3 markah] 

v.    Pada pandangan anda, apakah punca yang menyebabkan perpecahan dalam kalangan masyarakat?[4 markah]

 vi.  Sekiranya anda Kertala Sari, bagaimanakah anda meredakan kemarahan?[4 markah]

 

 

Baca 512 kali Dipinda pada Sabtu, 11 Mac 2017 20:43

Detik Gemilang

UPSR

11-4, 18 SEPTEMBER 2017

PT3

09-11 OKTOBER 2017

SPM

6 NOV - 4 DIS 2017

 

 

JERAYAWARA BM 2017

 TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2017

5 Mei 2017 (Maahad Muar)

 

Untuk Tempahan

Boleh hubungi:

+6011-58309328

 

 

 

 

4518223
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
2349
5139
21219
4437576
118521
137893
4518223

Your IP: 54.166.153.192
Server Time: 2017-08-17 11:40:56