Utama

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat sendiri.

 

GURINDAM DUA BELAS

(Fasal yang ketiga)

 

Apabila terpelihara mata,

Sedikitlah cita-cita.

 

Apabila terpelihara kuping,

Khabar yang jahat tiadalah damping.

 

Apabila terpelihara lidah,

Nescaya dapatlah darinya faedah.

 

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,

Daripada segala berat dan ringan.

 

Apabila perut terlalu penuh,

Keluarlah fill yang tiada senonoh.

 

Anggota tengah hendaklah diingat,

Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

 

Hendaklah peliharakan kaki,

Daripada berjalan yang membawa rugi.

                                   (Dipetik dari Gurindam Dua Belas (Fasal yang ketiga} dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)

 

i.            Apakah yang dimaksudkan dengan “Apabila perut terlalu penuh, keluarlah fiil yang tiada senonoh”? [2 markah]

Baca petikan dibawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.


GELANGGANG

 

Ini gelanggan kita

Yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih

Lima dekad yang lalu

Satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu

Di kemudian hari.

 

Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat

dan air mata

dengan gelanggang inilah Negara aman makmu rakyat berpadu

kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati

kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat

kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai keturunan.

                 (Dipetik dari Sajak Gelanggang dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)

 

i.         Berdasarkan puisi, bagaimakah gelanggang ini diwariskan kepada kita oleh datuk moyang terdahulu? [2 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 

AIMAN       : Abang ini banyak cakap pula, macamlah abang pernah sertai program tu.

POSMEN   : Memanglah abang tak pernah sertai program itu. Tapi, hasil daripadanya, dah banyak yang abang nampak.

AIMAN       : Tak fahamlah saya, bang.

POSMEN   : Maksud abang, remaja yang dah menyertai program ini, apabila tamat latihan, banyak kesan positif yang wujud dalam diri mereka. Anak jiran abang dulu pemalas. Kalau balik rumah cuma tahu tidur dan makan saja. Tapi selepas tamat program itu abang tengok dia dah rajin tolong keluarganya dan baru nampak rasa hormat kepada orang tua. Hasil yang paling dekat dengan diri abang ialah adik abang sendiri. Memang bagus program itu. Banyak perubahan positif dalam diri dia.

AIMAN       : Apa sajalah. Doakanlah, mana tahu terbuka hati saya untuk sertainya kelak.

POSMEN   : Terpulang, tak ada siapa yang akan rugi kalua adik tak pergi kecuali diri adik sendiri. Fikirkanlah baik-baik. Abang banyak lagi surat yang hendak dihantar. Amanah orang semua surat ni.

AIMAN       : Terima kasih.

                            (POSMEN berlalu. Tinggal AIMAN sendirian memikirkan sesuatu).

AIMAN       : Patutkah aku simpan surat ini atau patut aku buang saja? Hmm, kalau aku buang, nanti ada orang lain jumpa pula. Hah, baik aku bakar! Tak ada kesannya nanti. Baik aku simpan dulu, cukup masa kalau aku tak berminat, baru aku bakar.

                             (Dipetik dari Drama Berkhidmat Untuk Negara dari Istanbul dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)

 

i.       Menurut posmen tersebut, apakah kesan positif menyertai “program” yang sedang dibualkan pada anak jirannya? [2 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat sendiri.

 

                           Selain itu,aku mungkin ditimpa musibah dan perlu mendapatkan rawatan segera menggunakan wang sendiri.Namun,aku berdoa agar ubat-ubat homeopati seperti Arnica 30c, Arsenik 30c, Arconite 30c, Rhus Tox 30c,dan Nux Vomica 30c yang terdapat dalam beg dapat membantuku bertahan daripada sebarang alahan seperti cuaca sejuk, perbezaan makanan, serta aktiviti lasak. Aku juga sedar akan keadaan rambang mataku yang satu ini pantang berjumpa bahan bacaaan. Biasanya, aku akan menghabiskan seluruh duitku untuk membeli buku dan majalah di mana-mana lapangan terbang di luar negara sebelum pulang ke tanah air.

                              Sesungguhnya, jaket kulit kijang dari Istanbul langsung tidak termasuk dalam senarai perancangan belanjawanku.

                   Kisah aku akhirnya ‘terbeli’ jaket kulit kijang dari Istanbul ini bermula pada hari kelima lawatanku ke Turki.Aku sengaja menggunakan perkataan ‘terbeli’ kerana aku benar-benar tidak ada niat untuk membelinya.Ahli rombongan kami yang seramai 30 orang dibenarkan pergi membeli-belah di Garand Bazaar yang terletak lbih kurang satu kilometer dari tempat penginapan kami di Hotel Senator.

                          (Dipetik dari Cerpen Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)

 

i.       Berdasarkan petikan, apakah cabaran yang dihadapi “aku” sepanjang keberadaannya di Istanbul? [2 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 

                       SETIAP kali saya meluahkan hasrat untuk bermastautin di ibu kota, bonda memberikan pelbagai alasan agar saya terus menetap di kampung halaman tercinta ini.Kata bonda,ilmu agama saya masih terlalu cetek dan nipis. Bimbang, saya akan hanyut dibawa arus hedonism dan modenisme yang sedang melanda anak-anak muda kota.Malahan,kata bonda lagi,bahasa ibunda saya juga masih lemah.Bahasa yang membesarkan saya dengan segala adat resam dan nilai budaya warisan turun-temurun.Bahasa yang diwarisi nenek moyang sejak zaman-berzaman.

                       Bonda tahu,secubit ilmu yang mengisi dada saya yang kerdil ini tidak akan mampu mengekang ledakan perubahan sosial yang boleh meragut jati diri saya sebagai generasi bermaruah.Saya akui kebenaran kata-kata bonda tentang malapetaka yang sedang menghinggapi sekian ramai anak-anak sebangsa saya.Kebanyakan tergadai maruah dan harga diri dek mengejar dunia yang bergelar globalisasi dalam menuju arus perdana.

                        (Dipetik dari Cerpen Munsyi dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)

i.     Berdasarkan petikan, nyatakan sebab-sebab ibu tidak membenarkan Mel bermastautin di ibu kota? [2 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 

              Hakim sedar bahawa tanah empat ekar itu bukanlah luas kalau dibandingkan dengan tanah yang dimiliki oleh para orang kaya yang ada di seluruh negara. Tanah itu pun tidaklah tinggi nilainya seperti tanah-tanah di bandar yang melambung naik. Namun, dia amat bersyukur kerana berjaya menebus kembali tanah itu dan yang lebih penting lagi dia juga dapat membersihkan nama dan menebus maruah datuknya Kaduk, yang sudah bertahun-tahun menjadi ejekan bangsa.

           Hakim pernah berseloroh, “Kalau aku berjaya menebus kembali tanah itu, aku nak dirikan sebuah memorial. Aku akan namakannya Memorial Pak Kaduk. Biar memorial itu menjadi peringatan kepada semua umat Melayu agar berhati-hati dengan tanah mereka. Maksud aku, biar mereka menjaga hak-hak mereka agar tidak terlepas ke tangan orang lain.”

                                            (Dipetik dari Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)

 i.      Berdasarkan petikan di atas, mengapakah Hakim berasa bersyukur? [2 markah]

Detik Gemilang

UPSR

11-4, 18 SEPTEMBER 2017

PT3

09-11 OKTOBER 2017

SPM

6 NOV - 4 DIS 2017

 

 

JERAYAWARA BM 2017

 TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2017

5 Mei 2017

Maahad Muar

 

 

Untuk Tempahan

Boleh hubungi:

011 58309328

 

Anda ingin sertai Group  Bahasa Melayu Kertas 1103/1 SPM

Sertailah SCHOOLOGY di

https://app.schoology.com/

group/1054704394

(Access Code : TB35D-RVRPT)

 

 

 

 

4153670
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
2098
3324
8912
4114024
149769
142645
4153670

Your IP: 54.162.54.155
Server Time: 2017-05-24 19:28:11