Saturday, 31 August 2013 22:53

Strategi Menjawab Soalan Rumusan

Ditulis oleh dalam Rumusan
Rate this item
(0 votes)

Strategi Membaca Petikan

  • Baca petikan sebanyak  tiga kali.
  • Baca keseluruhan  petikan sambil menggariskan isi-isi penting, pada bacaan kali pertama.
  • Baca sekali lagi dan gariskan ISI TERSURAT pada bacaan kali ke-2, dan
  • Garis kehendak jawapan pemahaman pada bacaan kali ketiga.

Stragtegi Membina Perenggan Pendahuluan

  • Kenal pasti Fokus 1 petikan  tersebut  kerana berdasarkan  fokus 1 itulah pendahuluan    rumusan  dapat dihasilkan.

Contoh:

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan bahasa kebangsaan dan masalah-masalah yang dihadapi untuk mempertahankan bahasa kebangsaan. Penjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

  •  Tulis pendahuluan rumusan dalam satu ayat sahaja. Panjang perkataan hendaklah tidak melebihi 10 perkataan.
  • Tukarkan kata tugas  (tugasan) dalam Fokus 1 kepada perkataan seerti.

Contoh:

Kepentingan  => peranan

  • Mulakan ayat pendahuluan dengan  Penanda Wacana Rumusan iaitu ;                                        

Petikan membincangkan/ membicarakan

Contoh:

Fokus 1  : Kepentingan bahasa kebangsaan

Pendahuluan : Petikan membincangkan  peranan  bahasa kebangsaan

       

  • Pastikan  sasaran  bagi Isu Fokus 1 ,  sama ada petikan  khusus untuk Siapa? / Di mana?  / Bila?

Contoh:

Petikan membincangkan peranan bahasa kebangsaan di negara kita. (di mana?)

 

Strategi Mendapatkan Isi Tersurat

  • Kenal pasti Fokus 1 petikan  tersebut  kerana berdasarkan  fokus 1 itulah isi-isi  tersurat   rumusan  dapat di hasilkan.

Contoh:

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan bahasa kebangsaan dan masalah-masalah yang dihadapi untuk mempertahankan bahasa kebangsaan. Penjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

  •  Cari isi tersurat sebagaimana kehendak Tugasan.
  • Senaraikan isi-isi tersurat.
  • Biasanya isi tersurat didahului dengan kata kerja, selepas penanda wacana selain itu, antara lain,   dan juga kata hubung dan.
  • Satu isi tersurat sebaik-baiknya ditulis dalam satu ayat.
  • Pastikan setiap ayat isi tersurat gramatis iaitu ada subjek  dan predikat. Subjek  ayat dapat dicari daripada ayat-ayat sebelumnya dalam perenggan tersebut manakala predikat ialah isi tersurat yang dipilih.
  • Pilih 7 isi tersurat dengan jumlah perkataan tidak melebihi 70 perkataan.
  • Tulis  isi tersurat dalam satu perenggan.
  • Mulakan perenggan isi tersurat dengan frasa ’Antara’ diikuti dengan ’tugasan’ Fokus 1.

 

Strategi Mendapatkan Isi Tersirat

  • Kenal pasti Fokus 2 petikan  tersebut  kerana berdasarkan  fokus 2 itulah isi-isi  tersirat   rumusan  dapat di hasilkan.

Contoh:

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan bahasa kebangsaan dan masalah-masalah yang dihadapi untuk mempertahankan bahasa kebangsaan. Penjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

  •  Cari isi tersirat sebagaimana kehendak Tugasan .

Contoh:

 Masalah-masalah yang dihadapi untuk mempertahankan bahasa kebangsaan.

  • Isi-isi tersirat tiada dalam petikan sebaliknya berdasarkan akal fikiran dan pendapat calon.
  • Biasanya isi tersirat menjawab Tugasan Fokus 2 dan  Sasaran  Fokus 2.
  • Setiap isi tersirat sebaik-baiknya ditulis dalam satu ayat.
  • Pastikan setiap ayat isi tersirat gramatis iaitu ada subjek  dan predikat. Subjek  ayat dapat dicari daripada  sasaran Fokus 2,  manakala predikat ayat ialah tugasan isi tersurat yang diberikan.
  • Pilih 3 isi tersirat dengan jumlah perkataan tidak melebihi 30 perkataan.
  • Tulis  isi tersirat dalam satu perenggan.
  • Mulakan perenggan isi tersirat dengan frasa ’Antara’ diikuti dengan ’tugasan’Fokus 2.

 

Strategi Menghasilkan Kesimpulan Rumusan

  • Kesimpulan untuk rumusan mengandungi 6 unsur iaitu:
  • Penanda Wacana kesimpulan
  • Cadangan / saranan / harapan
  • Isu Fokus 1
  • Supaya / agar (Kata sendi nama)
  • Kesan kepada cadangan
  • Sasaran Fokus 1 dan Fokus 2

 

  • Kesimpulan  ditulis dalam satu perenggan dan sebaik-baiknya hanya satu ayat.
  • Jumlah perkataan bagi Kesimpulan Rumusan tidak melebihi10 perkataan.

Contoh:

Kesimpulannya , bahasa kepangsaan perlu dipertahankan agar generasi akan datang lebih menghargai.

 

Pemarkahan Rumusan

  1. Markah penuh : 30 markah.

Isi                   = 20 markah

Bahasa         = 10 markah

 

  1. Pembahagian markah untuk isi. Lihat jadual di bawah

 

Bahagian

Markah

Markah

  1. Pendahuluan

 

2

  1. Isi Tersurat

4

5

6

7

8

9

10

11

12

 

16

  1. Isi tersirat

12

11

10

9

8

7

6

5

4

  1. Kesimpulan

 

2

 

20

 

Markah Bahasa

Peringkat

Markah Isi

Markah Bahasa

Huraian

Baik

18-20

15-17

9-10

4-6

  • Kesinambungan isi baik
  • Struktur ayat / tatabahasa baik
  • Kosa kata luas
  • Tanda baca / ejaan betul

Sederhana

12-14

8-11

6-7

4-6

  • Kesinambungan isi masih baik
  • Struktur ayat / tatabahasa masih memuaskan
  • Kosa kata masih memuaskan
  • Tanda baca / ejaan juga memuaskan

Lemah

1-7

1-4

  • Pada keseluruhannya dalam serba kekurangan / tidak memuaskan

 

  • Jika bahasanya agak baik, tambah 1 markah lagi
  • Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah
  • Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, walaupun jumlah perkataan kurang daripada 120 perkataan, berikan 0 markah.
  • Jika rumusan kurang daripada 120 perkataan, markah tidak dipotong.

 

Mengira Perkataan

Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:

  • Nama khas
  • Kata ganda
  • Penggunaan kata sendi di dan ke
  • Tarikh
  • Angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
  • gelaran

 

Read 41424 times Last modified on Sunday, 20 October 2013 16:25

Teknik Jawab BM SPM

CERAMAH TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2014

Sesiapa yang berminat untuk mengadakan Teknik Menjawab BM SPM 2014, bolehlah menghubungi saya untuk Maklumat lanjut:

0127691325

Cikgu Zainudin

Buku Aksesori BM

Anda berminat untuk mendapatkan buku BUKU AKSESORI BM? Buku  ini mengandungi 5 unsur yang perlu ada dalam penulisan karangan. Kelima-lima unsur ini membantu calon-calon mendapatkan karangan yang bermutu dan berkualiti sama standard dengan karangan pelajar-pelajar sekolah berasrama penuh. AKSESORI yang wajib ada ialah Kosa Kata Menarik (KKM), Frasa Menarik (FM), Ungkapan Menarik (UM), Penanda Wacana Sesuai (PWS) dan Fakta Tepat (FT).

Harga senaskah RM10 termasuk belanja pos.

Sila dapatkan maklumat lanjut

melalui e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

ataupun sms 0127691325