Wednesday, 17 December 2014 05:16

Puisi Gurindam Dua Belas Fasal Ketiga

Written by 
Rate this item
(97 votes)

 

Puisi Tradisional

(Gurindam Dua Belas Fasal Ketiga )

MAKSUD
 

RANGKAP

MAKSUD

Apabila terpelihara mata,

Sedikitlah cita-cita.     

Mata haruslah diperlihara sebaik-baiknya supaya tidak melihat sesuatu perkara yang dilarang oleh tuhan

Apabila terpelihara kuping,

Khabar yang jahat tiadalah damping.

Telinga perlu dijauhkan dari mendengar segala hasutan dan kejian.

Apabila terpelihara lidah,

Nescaya dapat daripadanya faedah.

 

Seseorang yang menjaga tutur kata akan mendapat banyak manfaatnya

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,

Daripada segala berat dan ringan.     

Tangan perlu dipelihara daripada mengambil barang yang bukan hak kita.

Apabila perut terlalu penuh,

Keluarlah fiil yang tidak senonoh.

Nafsu makan perlu dikawal supaya tidak melakukan perbuatan yang dilarang.

Anggota tengah hendaklah ingat,

Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

 

Kehidupan seseorang perlulah dijalani dengan penuh semangat.

Hendaklah peliharakan kaki,

Daripada berjalan yang membawa rugi.

 

Anggota kaki perlulah dipelihara dari melangkah ke tempat-tempat yang maksiat.

 

     TEMA      

 

Nasihat memelihara anggota diri.

 

Gurindam ini memberi nasihat supaya memelihara anggota diri dan berbudi pekerti.

 

PERSOALAN
 

  1. Persoalan memelihara penglihatan dalam kehidupan
  2. Persoalan kebaikan memelihara tutur kata
  3. Persoalan pentingnya memelihara pendengaran 
  4. Persoalan semangat penting dalam kehidupan

 

 

BENTUK
 

  1. Mempunyai 7 rangkap.

 

  1. Setiap rangkap mengandungi 2 baris

            Contohnya : Apabila terpelihara mata,

        Sedikitlah cita-cita

 

  1. Jumlah perkataan antara 2 hingga enam perkataan

 

  1. Suku kata antara 8 hingga 15 suku kata

 

 

  1. Rima akhir aa

            Contohnya : Apabila terpelihara lidah,

        Nescaya dapat daripadanya faedah

 

GAYA BAHASA
 

  1. Kata ganda – cita-cita

 

  1. Asonansi – pengulangan vokal a 

       Apabila terpelihara mata,( rangkap 1 baris 1)     

  1. Aliterasi – pengulangan bunyi konsonan g

            Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan (rangkap 4 baris 1)

 

NILAI
 

  1. Nilai kebijaksanaan, Contohnya kebijaksanaan dalam menuturkan kata-kata. 
  2. Nilai  kesederhanaan, Contohnya kesederhanaan ketika menghadap rezeki
  3. Nilai kesabaran, Contohnya kesabaran memelihara mata melihat perkara negatif.

 

PENGAJARAN
 

  1. Kita hendaklah memelihara mata dengan  bijaksana.
  2. Kita janganlah terlalu mengikut nafsu ketika makan agar tidak mendatangkan kemudaratan..
  3. Kita perlulah menjaga tutur kata supaya disenangi masyarakat.
  4. Kita hendaklah sentiasa bersemangat untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Read 130004 times Last modified on Monday, 26 January 2015 19:13

Detik Gemilang

UPSR

11-4, 18 SEPTEMBER 2017

PT3

09-11 OKTOBER 2017

SPM

6 NOV - 4 DIS 2017

 

 

JERAYAWARA BM 2017

 TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2017

5 Mei 2017 (Maahad Muar)

 

Untuk Tempahan

Boleh hubungi:

+6011-58309328