Monday, 08 February 2016 00:35

Nota Sajak ERTI HIDUP BERERTI

Written by 
Rate this item
(5 votes)

ERTI HIDUP BERERTI

(Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum)

 

1.0       Maksud

Rangkap 1

Fikiran penyajak sering dihimbau oleh nasib malang yang mengongkongi hidupnya dan tidak pernah berubah. Tiada siapa yang datang menziarahinya. Keluhan daripada seorang insan tua yang kesunyian.

Rangkap 2

Kebahagiaan  hidup yang diimpikan  oleh penyajak  hanya angan-angan sahaja  sehingga penghujung hidupnya. Anak-anak kandungnya sendiri sudah melupainya dan tidak sanggup untuk menjaganya. Anak-anaknya saling menolak untuk menjaganya. Penyajak mencari kehidupannya sendiri dan menanggung penderitaan hidup tanpa ada tempat bergantung yang kukuh.

Rangkap 3

Penyajak menganggap dirinya tidak  dihargai dan diperlukan lagi walaupun mereka anak kandungnya sendiri. Penyajak berharap agar anak-anaknya sama ada yang sanggup berbakti atau yang telah melupakannya akan diberikan keinsafan. Penyajak berharap agar hidup dengan berkasih sayang dan menggantikan hubungan yang hambar sebelum ini. Manusia jangan leka, dalam putaran hidup ini akan ada yang hidup dan mati kecuali Tuhan yang kekal.

2.0       Tema

Keluhan ibu tua yang diabaikan oleh anaknya sendiri.

- Seorang ibu yang mengharapkan belaian kasih sayang anak-anak pada penghujung usianya. Namun begitu anak-anak tidak mengendahkan dan mengambil tanggungjawab menjaganya. Jauh di sudut hatinya masih mengharapkan anak-anaknya akan insaf.

3.0       Persoalan

1.         Kasih sayang seorang ibu

Contoh: ibu yang mengandungkan dan menjaga anak semasa kecil

2.         Berbakti kepada  ibu

Contoh: anak-anak tidak boleh mengabaikan ibu yang melahirkan dan

               membesarkan mereka

3.         Kebahagiaan hidup ialah impian semua orang

Contoh: harapan seorang ibu agar anak-anak dapat memberikan kebahagiaan

               pada hari tuanya

4.         Tanggungjawan seorang anak

Contoh : anak-anak perlu insaf  terhadap tanggungjawab menjaga kebajikan

 ibu kandung dan memberikan kebahagian kepadanya

5.         Kekuasaan Tuhan

Contoh: ada yang mati

               ada yang hidup

               tiada yang kekal kecuali Tuhan

 

Read 8717 times Last modified on Monday, 08 February 2016 00:38

Detik Gemilang

UPSR

11-4, 18 SEPTEMBER 2017

PT3

09-11 OKTOBER 2017

SPM

6 NOV - 4 DIS 2017

 

 

JERAYAWARA BM 2017

 TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2017

5 Mei 2017 (Maahad Muar)

 

Untuk Tempahan

Boleh hubungi:

+6011-58309328