Sunday, 24 April 2016 14:44

Latihan 1 (Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil Antologi Sajadah Rindu)

Written by 
Rate this item
(4 votes)

Latihan 1 (Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil Antologi Sajadah Rindu)

Baca petikan cerpen dibawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 

Usai solat Maghrib, ketika Imam Ngah Deraman sedang berdoa, dengan tubuh dipaling ke kanan menghadap Penghulu Ibrahim Sigap, dan kami para makmum pula, sepatah demi sepatah, mengaminkan setiap baris kalimah- dipintu surau, terdengar suara orang memberi salam. Perlahan dan sangat rengsa bunyinya.

Sambil berdoa, Imam Ngah Deraman berpaling- disusuli Penghulu Ibrahim Sigap. Melihat saja, mata kedua-duanya tiba-tiba terjegil, dan nampak sangat terperanjat. Dengan telapak tangan yang masih menadah doa, kami segera menoleh.

Dek pelita ayam yang tergantung pada alang beranda sangat terang cahayanya, maka susuk tubuh dan wajah lelaki yang tersepuk dimuka pintu segara kami kenal akan gerangannya.

Dialah Ahmad Mutawakil. Wajahnya berkerut-kerut ; kedua-dua matanya terpejam. Kemeja putih ala-ala peon British dipenuhi darah, manakala seluar kelabunya dipenuhi kotoran. Malah, calitan lumpur dan sisa-sisa daun kering turut melekat pada muka dan rambutnya. Meskipun doa oleh Imam Ngah Deraman sudah berakhir, kami masih keras membantu dek tenggelam punca.

1.    Berdasarkan petikan, apakah yang berlaku selepas mereka Solat Maghrib?

Selepas mereka selesai solat maghrib, mereka terdengar suara orang memberi salam dan bunyinya sangat rengsa. Mereka melihat seorang lelaki di muka pintu. Lelaki itu ialah Ahmad Mutawakkil dan kemeja putihnya berlumuran darah dan seluar kelabunya dipenuhi kotoran. Malah, calitan lumpur dan sisa-sisa daun kering turut melekat pada muka dan rambutnya.

 

2.    Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh jemaah surau setelah melihat lelaki itu ?

Pada pendapat saya, jemaah surau itu perlu segera pergi ke lelaki itu dan membawanya ke dalam surau dan menenangkannya. Setelah itu, lelaki itu perlu dirawat dan dibersihkan bajunya dan kemudian baru ditanyakan apa yang telah berlaku.

 

3.    Berikan satu persoalan berdasarkan petikan dan satu persoalan berdasarkan keseluruhan cerpen.

Persoalan yang diperoleh daripada petikan ialah persoalan tentang masyarakat kampung yang bersatu padu. Contohnya, penduduk kampung bersatu padu dengan menunaikan ibadah bersama-sama di surau.

 

Persoalan yang diperoleh daripada keseluruhan cerpen ialah persoalan tentang kesan kedatangan penjajah. Contohnya, kedatangan penjajah yang membawa kepada serangan telah menyebabkan seluruh ketenangan hidup masyarakat kampung hilang.

 

 

Read 4335 times Last modified on Monday, 02 May 2016 21:01

Detik Gemilang

UPSR

11-4, 18 SEPTEMBER 2017

PT3

09-11 OKTOBER 2017

SPM

6 NOV - 4 DIS 2017

 

 

JERAYAWARA BM 2017

 TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2017

5 Mei 2017 (Maahad Muar)

 

Untuk Tempahan

Boleh hubungi:

+6011-58309328