Monday, 08 February 2016 00:24

Nota Cerpen GERHANA MANUSIA

Written by 
Rate this item
(14 votes)

CERPEN GERHANA MANUSIA

(Aminah Mokhtar)

(Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum)

 

SINOPSIS

Cerpen Gerhana Manusia karya Aminah Mokhtar mengisahkan kesibukan di Wad ICU sebuah hospital. Ketika itu, di wad ICU terlantar Tuan Dayusa yang sedang mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru akibat gaya hidupnya yang tidak sihat. Tuan Dayusa memerlukan pek darah yang banyak untuk meneruskan hidup. Nusia seorang jururawat yang bertugas membantu Dr Prajudi dan Dr Moralis di Wad ICU yang menempatkan Tuan Dayusa. Dr Prajudi dan Dr Moralis  bertanggungjawab merawat semua pesakit di wad tersebut.

            Ketika itu, terdapat beberapa orang pesakit lain yang memerlukan  darah untuk membantu merawat mereka. Antaranya ialah Solehah yang tenat akibat keguguran dan Al-Hafiz pula terlibat dalam kemalangan yang teruk. Pada wad yang sama terdapat seorang bayi yang dibuang di tepi jalan dan telah cedera digigit oleh anjing liar. Selain itu, terdapat seorang gadis yang menjadi mangsa sumbang mahram oleh ayahnya dan seorang mahasiswa yang mengidap leukimia.

            Nusia telah dipertanggungjawab untuk membantu Dr Moralis merawat semua pesakit di wad ICU  dan dipantau oleh Dr Prajudi. Dr Prajudi lebih memberi perhatian kepada Tuan Dayusa kerana Tuan Dayusa merupakan seorang ahli korporat  yang ternama. Tuan Dayusa banyak memberi sumbangan kepada kelab elit hospital berkenaan. Selain itu, Tuan Dayusa juga telah menderma beratus ribu ringgit untuk majlis makan malam hospital tersebut. Nusia tidak berpuas hati apabila Dr Prajudi tidak memperdulikan pesakit lain  disebabkan taraf  sosial berbeza.

            Nusia tidak berpuas hati dengan arahan Dr Prajudi yang menyuruhnya membawa lima pek darah untuk merawat Tuan Dayusa sedangkan darah-darah tersebut sangat diperlukan oleh pesakit lain. Tuan Dayusa memang tidak mempunyai harapan untuk sembuh. Nusia tidak berpuas hati terhadap tindakan Dr Prajudi lalu menyuarakan ketidakpuasan hatinya kepada Dr Moralis.

            Dr Moralis tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana Dr Prajudi lebih berkuasa di wad tersebut. Namun demikian,  akhirnya Tuan Dayusa telah meninggal dunia dan Dr Moralis telah dipersalahkan kerana tidak memberi bantuan darah kepada Tuan Dayusa. Dr Moralis sedar bahawa  setiap insan wajib ditolong tidak kira pangkat dan darjat. Nusia dan Dr Moralis sendiri akhirnya yang menderma darah mereka untuk membantu 4 orang pesakit di wad tersebut yang masih memerlukan darah.

TEMA

Tema Gerhana Manusia menjurus kepada konflik terhadap etika kerja.Konflik antara memenuhi  etika seorang jururawat dan tuntutan dari pihak atasan dalam membantu pesakit yang lebih berpengaruh.

Contoh:

Doktor Prajudi menyuruh Nausia memberi bantuan darah  kepada Tuan Dayusa kerana Tuan Dayusa banyak memberi sumbangan kewangan kepada hospital sedangkan pada masa yang sama masih ramai lagi pesakit lain yang sangat memerlukan darah tersebut.

Persoalan:

Persoalan yang terdapat dalam cerpen Gerhana Manusia adalah :

1.    Persoalan tanggungjawab seorang doktor terhadap pesakit.

Contoh: Dr Prajudi dan Dr Moralis bertanggungjawab merawat  pesakit di hospital.

2.    Persoalan perbezaan golongan berpangkat dengan masyarakat.

Contoh : Tuan Dayusa diberi layanan istimewa berbanding pesakit lain kerana dia seorang korporat ternama  dan juga menjadi penyumbang kepada kelab elit hospital.

3.    Persoalan kepentingan menderma darah dalam masyarakat.

Contoh : Tuan Dayusa, Soleha, Al-Hafiz, bayi dan gadis yang malang itu amat memerlukan bekalan darah untuk merawat mereka.

4.    Persoalan peranan wad ICU kepada pesakit kritikal.

Contoh : Soleha, Al-Hafiz, bayi dan gadis yang malang itu dimasukkan ke wad ICU kerana memerlukan rawatan yang rapi.

5.    Persoalan pengambilan alkohol memudaratkan kesihatan.

Contoh: Tuan Dayusa telah dijangkiti dengan virus pada paru-paru akibat pengambilan alkohol.

 

 

 

Read 17422 times Last modified on Monday, 08 February 2016 00:29

Detik Gemilang

UPSR

11-4, 18 SEPTEMBER 2017

PT3

09-11 OKTOBER 2017

SPM

6 NOV - 4 DIS 2017

 

 

JERAYAWARA BM 2017

 TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2017

5 Mei 2017 (Maahad Muar)

 

Untuk Tempahan

Boleh hubungi:

+6011-58309328