Monday, 08 February 2016 02:14

Nota Sajak PADA SEKUNTUM MAWAR

Written by 
Rate this item
(39 votes)

Sajak Pada Sekuntum Mawar

(Mahwa Muhamad)

Maksud

Rangkap 1

Harga diri gadis remaja yang tercemar merupakan punca perasaan ibu menjadi hancur.

Rangkap 2

Membayangkan masa hadapan anak gadisnya gelap dan tiada hala tuju,  seakan telah menutup harapan bonda yang agar perkara buruk tidak terjadi.

Rangkap 3

Ibu menasihati anak gadisnya supaya menjaga kesucian diri dengan sebaik-baiknya berbekalkan keimanan.

Tema:

Kasih sayang ibu terhadap anak gadisnya.

Contoh: Ibu yang mengasihi anaknya berasa kecewa apabila harga diri anak gadisnya musnah.

Persoalan

1.    Keruntuhan akhlak gadis remaja.

Contoh: Gadis  yang kehilangan harga diri telah menghancurkan hati ibu.

2.    Harapan ibu terhadap anaknya.

Contoh: Ibu berharap agar anaknya menjaga harga diri dan memelihara Imannya.

3.    Perasaan dukacita seorang ibu.

Contoh: Ibu berdukacita apabila masa depan anaknya menjadi gelap jika anaknya terjebak dengan perkara yag tidak baik.

Read 9654 times

Detik Gemilang

UPSR

11-4, 18 SEPTEMBER 2017

PT3

09-11 OKTOBER 2017

SPM

6 NOV - 4 DIS 2017

 

 

JERAYAWARA BM 2017

 TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2017

5 Mei 2017 (Maahad Muar)

 

Untuk Tempahan

Boleh hubungi:

+6011-58309328