Monday, 08 February 2016 02:15

Nota Sajak KUCARI DAMAI DI SINI

Written by 
Rate this item
(22 votes)

Sajak: Kucari Damai Di Sini

(A.Hamid Jemain)

Maksud

Rangkap 1

Penyajak mencari kedamaian di tanah air sendiri. Perpaduan berbilang kaum menjamin kemakmuran negara.

Rangkap 2

Penyajak amat cinta akan tanah air sendiri.

Rangkap 3

Penyajak berharap tanah air akan kekal gemilang pada masa depan dan generasi muda berasa gembira dengan sejarah Malaysia.

Tema:

Kehidupan yang damai di tanah air yang permai.

Contoh: Kepentingan masyarakat mengamalkan kehidupan saling bersatu hati demi kesejahteraan hidup bersama.

Persoalan:

1.    Jalinan perpaduan antara kaum menjamin kemakmuran dan kedamaian hidup dalam sesebuah negara.

Contoh: Setiap ahli masyarakat perlu menanamkan perasaan cinta akan tanah air.

2.    Negara yang kaya dengan hasil bumi dapat menjamin kehidupan rakyat.

Contoh: Masyarakat berkongsi hasil kurniaan Tuhan tanpa memikirkan perbezaan bangsa, agama dan budaya.

3.    Sikap toleransi penting dalam masyarakat majmuk.

Contoh: Amalan hidup bermasayarakat dan peraduan yang kukuh menjamin kemajuan dan pembangunan dan kemerdekaan sesebuah negara.

 

Read 9249 times

Detik Gemilang

UPSR

11-4, 18 SEPTEMBER 2017

PT3

09-11 OKTOBER 2017

SPM

6 NOV - 4 DIS 2017

 

 

JERAYAWARA BM 2017

 TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2017

5 Mei 2017 (Maahad Muar)

 

Untuk Tempahan

Boleh hubungi:

+6011-58309328