Administrator

Administrator

Saturday, 03 June 2017 08:07

KARANGAN SPOT SPM 2017 SEMANGAT KEJIRANAN

SEMANGAT KEJIRANAN

 (Laman Sesawang Asal: http://files.cikgu-sim.webnode.com/200000039-a95f7aa573/faedah%20memupuk%20semangat%20kejiranan.pdf )

Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal di dalam satu taman atau di sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa "Jiran sepakat membawa berkat". Jadi, kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, langkah-langkah yang wajar hendaklah diambil untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.

      Langkah primer yang harus diambil ialah mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa “tak kenal maka tak cinta”. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan sesama jiran.

  SAYA BANGGA MENJADI ANAK MALAYSIA

(Laman Sesawang Asal : http://muhdhamizan98.blogspot.my/2012/10/saya-bangga-menjadi-anak-malaysia_5.html ) 

"Saya bangga menjadi anak Malaysia kerana Negara kita telah bebas daripada jajahan British.Saya juga berasa amat bertuah tinggal di Malaysia ini kerana Negara ini aman dan makmur.Saya amat beruntung mempunyai Perdana Menteri yang adil dan saksama.Saya juga berasa bangga kerana Negara Malaysia ini telah mencapai Kemerdekaan yang ke-52.Demi Negara yang tercinta,saya sanggup berkorban untuk menjaga keamanan Negara Malaysia. Sempena menyambut sambutan hari Kemerdekaan yang ke-52,saya hendak menyeru agar rakyat Malaysia mempunyai semangat patriotisme.Saya berharap agar Negara ini akan berkembang maju dari segi ekonomi dan aman damai kepada masyarakat di Negara Malaysia ini. "

     "Saya juga ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-52 dengan tema 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan kepada seluruh rakyat Malaysia.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri kerana telah memajukan Negara dan menjaga keamanan Negara ini. Negara ini bertuah kerana tiada berlakunya peperangan,perpecahan kaum dan rusuhan besar yang berlaku di Negara ini.kami juga berterima kasih kepada semua pejuang-pejuang Negara yang berkorban nyawa demi keamanan Negara ini."

CABARAN MENGHADAPI KERJAYA MASA DEPAN

(Laman Sesawang Asal : http://karanganspm.com/2015/10/28/karangan-kemahiran-kemahiran-sebagai-persediaan-untuk-menghadapi-cabaran-era-globalisasi/ )

 

 Di Malaysia, memasuki alam pekerjaan adalah menjadi destinasi terakhir kepada kebanyakan pelajar. Sama ada pada peringkat sijil, diploma atau ijazah mereka mula mencongak-congak akan peluang pekerjaan yang bakal diceburi. Walau bagaimanapun, dalam persaingan untuk memasuki pasaran pekerjaan, kelulusan akademik sahaja belum tentu menjanjikan seseorang itu boleh menjawat jawatan yang dicita-citakan. Sebaliknya, individu yang memiliki pelbagai kemahiran di samping akademik yang baik sudah pasti dapat memenuhi kriteria yang diperlukan oleh para majikan. Oleh hal yang demikian, seseorang pelajar itu wajarlah memperlengkap dirinya dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan sebelum melamar sebarang pekerjaan.

 

CARA MENGATASI DAN MEMBENDUNG JENAYAH

 (Laman Sesawang Asal: http://transformasiummah.blogspot.my/2011/04/cara-mengatasi-dan-membendung-jenayah.html )

 1.      Pengenalan

 

       Warga Malaysia semacam tidak lagi berasa selamat di negara ini.Jenayah negeri dan tidak masuk akal dilaporkan setiap hari. Sudah tidak selamat lagi untuk beriadah, ke sekolah, berada di tempat kerja dan berehat di kawasan Rehat dan Rawat di lebuh raya. Menurut Laporan Kualiti Kehidupan , kadar jenayah setiap seribu penduduk meningkat 3.8 peratus pada kepada 6.2 peratus pada 2002.  Akibatnya, kapasiti muatan penjara sudah melebihi. Mereka yang dihukum oleh sebab jenayah kini berada di penjara yang sudah padat. Malah, nisbah warder dan banduan melebihi standard antarabangsa.

           Dalam statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2004 pernah didedahkan setiap hari di negara ini 1.5 orang dibunuh, 4.7 dirogol, 68.2 insiden pecah rumah, 23.6 kereta dicuri, 141.3 motosikal dicuri dan 41.9 insiden rompakan. Malah, jenayah membabitkan juvana juga meningkat. Mereka yang terbabit nampaknya semakin muda termasuk yang terjebak dalam jenayah dadah dan seksual. Pada 2006 ada 8,113 kes juvana dan 3,545 pelajar ditahan. Pengaruh televisyen dan internet yang mengandungi unsur ganas dan seks dikenal pasti mempengaruhi peningkatan jenayah di kalangan remaja dan kanak-kanak.

 DISIPLIN ASAS KEJAYAAN AKADEMIK

 OLEH: Hamidah Hashim

(Laman Sesawang Asal: http://aniza3046.blogspot.my/2011/01/disiplin-asas-kejayaan-akademik.html)

Alah bisa tegal biasa, sememangnya amat sukar untuk menanam disiplin yang tinggi dalam diri seseorang apatah lagi bagi seseorang yang bergelar pelajar. Namun, sekiranya pelajar tersebut telah dididik dan diasuh oleh ibu bapa agar terdidik dengan disiplin yang tinggi, pastinya amat sukar untuk menafikan bahawa pelajar tersebut akan terus-menerus mencipta kejayaan dalam akademik. Malangnya, harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Kita dapat lihat anak muda pada hari ini begitu angkuh dan bangga sekiranya mereka melakukan perkara-perkara yang melanggar prinsip disiplin. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), ada menyentuh mengenai pembangunan modal insan iaitu aset negara yang perlu disuntik nilai tambahnya. Perkara seumpama ini memberi gambaran kepada kita bahawa kerajaan sendiri telah menyedari bahawa tahap disiplin para pelajar pada hari ini semakin kronik. Sememangnya, tiada bukti yang cukup padu untu menafikan bahawa "Disiplin Asas Kejayaan Akademik".

Saturday, 03 June 2017 07:28

KARANGAN SPOT SPM 2017 AMALAN MEMBACA

BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA

SMAHADZIR

(Laman Sesawang Asal : http://syedmahadzirsyedibrahim.blogspot.my/2012/04/bangsa-membaca-bangsa-berjaya.html)

 

SEJARAH telah mencatatkan bahawa bangsa yang berjaya antara lain dicirikan oleh masyarakatnya yang memiliki budaya literasi. Begitu juga sebaliknya. Sesuatu bangsa yang mempunyai kekuasaan atau kejayaan dalam sesuatu bidang tidak boleh mempertahankan miliknya tanpa budaya ilmu yang mantap. Malah ia akan bergantung kepada bangsa lain yang lebih berilmu. Buktinya kita melihat betapa negara pengeluar minyak yang kaya-raya terpaksa bergantung hampir dalam semua aspek penting kehidupan negaranya kepada negara lain yang lebih maju dari segi keilmuan dan kepakaran.

      Sejarah juga telah membuktikan bahawa masyarakat maju yang dapat menguasai pelbagai bidang dalam kehidupan mereka dan mencipta sejarah adalah masyarakat yang suka membaca. Disiplin membaca untuk mendapatkan ilmu merupakan suatu kuasa pembebasan daripada belenggu-belenggu kemiskinan dan kejahilan.

      Budaya membaca membolehkan pemikiran seseorang itu berkembang dan mempunyai imaginasi yang lebih tinggi untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat berbanding dengan orang yang kurang membaca. Menurut Kenedy (1981) membaca adalah ‘keupayaan seseorang untuk menggarap bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan) yang menghubungkan bentuk intu, atau bunyi makna yang telah diketahui, dan seterusnya berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsir maksud’.

Saturday, 27 May 2017 23:00

PERTANDINGAN BITARA JAWI 2017

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BITARA JAWI 2017

 

Anjuran:

SEKOLAH MENENGAH SAINS BATU PAHAT,

JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA

 

 

1.      NAMA          :

1.1Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN BITARA JAWI 2017 atau singkatannya BITARA JAWI 2017.

 

2.      KATEGORI PERTANDINGAN

1.1Pertandingan Menulis Esei Jawi (Menengah Atas)                                  (1 orang)

1.2Pertandingan Menulis  (Menengah Rendah)                                               (1 orang)

1.3Pertandingan Menulis Cerpen Jawi ( Menengah Atas)                           (1 orang)

1.4Pertandingan Mengarang Sajak/Puisi (Menengah Atas)                       (1 orang)

1.5Pertandingan Eja Jawi (Menengah Atas)                                                      (1 orang)

1.6Pertandingan Eja Jawi (Menengah Rendah)                                               (1 orang)

1.7Pertandingan Transkripsi Jawi (Menengah Rendah)                              (1 orang)

1.8Pertandingan Khat Peribahasa Jawi ( Menengah Atas)                          (1 orang)

1.9Bengkel Jawi (Menengah Rendah)                                                                  (2 orang)

 

 

Saturday, 27 May 2017 22:53

PERTANDINGAN DEBAT JUNIOR 2017

KERTAS KONSEP  PERTANDINGAN DEBAT JUNIOR 2017

 

                                                                                          Anjuran:                                                 

SEKOLAH MENENGAH SAINS BATU PAHAT,

JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA

 

NAMA

 

1.              Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN DEBAT JUNIOR SEHEBAT 2017 atau singkatannya DEBAT JUNIOR 2017.

 

FORMAT

 

1.            Setiap pasukan dianggotai oleh empat (4) orang pembahas, terdiri daripada

a)      Dua (2) orang pelajar Tingkatan Satu (berusia 13 tahun)

b)     Dua (2) orang pelajar Tingkatan Dua (berusia 14 tahun)

 

2.            Dalam satu-satu perlawanan, 4 orang pembahas utama akan berdebat manakala salah seorangnya akan bertindak sebagai Juruteknik ICT.

 

3.            Setiap pasukan perlu menyenaraikan seorang (1) guru pengiring / pembimbing.

 

4.            Satu pasukan dikenali sebagai Pihak Pencadang akan bertanding dengan satu pasukan lawan yang dikenali sebagai Pihak Pembangkang.

 

5.            Pihak Pencadang dianggotai oleh

a)      Pencadang Pertama (Sesi Ucap Utama),

b)     Pencadang Kedua (Sesi Ucap Utama),

c)      Pencadang Ketiga (Sesi Debat Tarung),

d)     Pencadang Keempat (Sesi Debat Tarung).

 

6.            Pihak Pembangkang pula dianggotai oleh

a)      Pembangkang Pertama (Sesi Ucap Utama),

b)     Pembangkang Kedua (Sesi Ucap Utama),

c)      Pembangkang Ketiga (Sesi Debat Tarung),

d)     Pembangkang Keempat (Sesi Debat Tarung).

 

Sunday, 19 March 2017 07:20

Latihan Pemahaman AJKKDI 1

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat sendiri.

 

GURINDAM DUA BELAS

(Fasal yang ketiga)

 

Apabila terpelihara mata,

Sedikitlah cita-cita.

 

Apabila terpelihara kuping,

Khabar yang jahat tiadalah damping.

 

Apabila terpelihara lidah,

Nescaya dapatlah darinya faedah.

 

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,

Daripada segala berat dan ringan.

 

Apabila perut terlalu penuh,

Keluarlah fill yang tiada senonoh.

 

Anggota tengah hendaklah diingat,

Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

 

Hendaklah peliharakan kaki,

Daripada berjalan yang membawa rugi.

                                   (Dipetik dari Gurindam Dua Belas (Fasal yang ketiga} dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)

 

i.            Apakah yang dimaksudkan dengan “Apabila perut terlalu penuh, keluarlah fiil yang tiada senonoh”? [2 markah]

Sunday, 19 March 2017 07:17

Latihan Pemahaman AJKKDI 2

Baca petikan dibawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.


GELANGGANG

 

Ini gelanggan kita

Yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih

Lima dekad yang lalu

Satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu

Di kemudian hari.

 

Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat

dan air mata

dengan gelanggang inilah Negara aman makmu rakyat berpadu

kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati

kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat

kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai keturunan.

                 (Dipetik dari Sajak Gelanggang dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)

 

i.         Berdasarkan puisi, bagaimakah gelanggang ini diwariskan kepada kita oleh datuk moyang terdahulu? [2 markah]

Page 1 of 22

Detik Gemilang

UPSR

11-4, 18 SEPTEMBER 2017

PT3

09-11 OKTOBER 2017

SPM

6 NOV - 4 DIS 2017

 

 

JERAYAWARA BM 2017

 TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2017

5 Mei 2017 (Maahad Muar)

 

Untuk Tempahan

Boleh hubungi:

+6011-58309328