Sunday, 25 January 2015 20:47

Drama Hadiah

Written by 
Rate this item
(70 votes)

 

Hadiah

(Aripin Said)

SINOPSIS

 

Setelah kematian ayahnya, keluarga Hayati mengalami masalah kewangan. Hayati tidak dapat membayar bayaran asrama dan terpaksa pulang ke kampung. Mereka hanya bergantung hidup daripada pencen Pak Mail yang sedikit. Masalah mereka telah diadukan kepada penghulu kampung dan guru besar. Mereka berjanji akan membantu keluarga Hayati. Nasib menyebelahi mereka apabila wakil daripada Kementerian Pertahanan menyampaikan bantuan sebanyak sepuluh ribu ringgit atas jasa ayahnya yang terkorban semasa mempertahankan negara.

 

PEMIKIRAN

Kegigihan menuntut ilmu.

Buktinya, Hayati terpaksa pulang ke kampung kerana tidak dapat membayar yuran asrama sekolah.

 

PERSOALAN

i.      Ketabahan menghadapi dugaan dalam kehidupan.

Contoh: Fauziah tabah menerima kematian suaminya, Akhbar, yang terkorban semasa bertugas di sempadan.

 

ii.    Gigih meneruskan pelajaran. 

Contoh: Hayati tetap berusaha untuk terus tinggal di asrama bagi meneruskan pelajarannya.

 

iii.   Berusaha untuk menyelesaikan masalah. 

Contoh: Pak Mail menceritakan masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarga mereka kepada penghulu.

PLOT

Secara keseluruhan drama ini disusun mengikut kronologi iaitu mengikut urutan cerita bermula dengan permulaan dan diakhiri dengan peleraian.

 

i.      Permulaan

Contoh: Fauziah menerima sepucuk surat daripada Hayati yang memberitahu bahawa dia akan pulang ke kampung kerana tidak dapat menjelaskan baki yuran asrama.

 

ii.    Perkembangan

Contoh: Pak Mail menasihati Fauziah agar tidak bersedih dan berjanji akan mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka. Hayati tiba di rumah dan telah memberitahu guru besarnya tentang masalah keluarganya. Guru besar telah berjanji akan membantunya.  Pak Mail juga memaklumkan bahawa dia telah meminta pertolongan daripada penghulu.

 

iii.   Klimaks

Penghulu dan wakil Kementerian Pertahanan datang ke rumah mereka untuk menyerahkan cek berjumlah sepuluh ribu ringgit bagi menghargai pengorbanan Akhbar semasa bertugas mempertahankan negara.

 

iv.   Peleraian

Pak Mail berjanji akan menghantar Hayati ke asrama bagi meneruskan pelajarannya.

 

TEKNIK PENCERITAAN

i.              Imbas Kembali

Contoh:  Hayati sentiasa teringat akan ayahnya yang telah meninggal dunia hampir tiga bulan lamanya.

 

ii.            Dialog

Contoh: Perbualan antara Fauziah dan Pak Mail tentang cara untuk membayar yuran asrama Hayati.

 

iii.           Imbas Muka

Contoh:  Hayati ingin menatap gambar ayahnya sekiranya dia pulang ke kampung.

 

iv.           Pemerian

Contoh:  Pak Musa menerangkan tujuan mereka datang ke rumah Pak Mail.

 

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama

Hayati

i.              Gadis yang berusia 15 tahun. 

ii.            Bersekolah di Sekolah Menengah Seri Setia, Melaka.

iii.           Gigih berusaha

Contoh: Hayati menceritakan masalah yang dihadapi oleh keluarga mereka kepada guru besar.

iv.           Tabah.

Contoh: Hayati tabah menghadapi kehilangan ayahnya.

v.            Penyayang.

Contoh: Hayati tetap merindui arwah ayahnya dan ingin menatap gambarnya apabila dia pulang ke kampung.

vi.           Mementingkan pelajaran

Contoh: Hayati berusaha untuk mendapatkan bantuan bagi meneruskan pelajarannya.

 

Watak Sampingan

 

1.    Fauziah

i.      Ibu kepada Hayati.

ii.    Tabah.

Contoh: Tabah menghadapi kehilangan suami tercinta.

iii.   Penyayang.

Contoh: Fauziah sangat menyayangi suami dan anak-anaknya.

 

2.    Pak Mail

i.      Bapa kepada Fauziah. Datuk kepada Hayati dan Farid.

ii.    Tabah.

Contoh: Pak Mail tabah menghadapi musibah yang menimpa keluarga mereka.

iii.   Bertanggungjawab.

Contoh: seorang yang bertanggungjawab menjaga anak dan cucu-cucunya setelah mereka kehilangan ayah yang tercinta.

iv.   Penyayang.

Contoh:  seorang yang penyayang terhadap anak dan cucu-cucunya.

 

3.    Datuk Penghulu

i.      Bertanggungjawab.

Contoh:  seorang yang bertanggungjawab kepada aduan yang disampaikan oleh Pak Mail.

ii.    Amanah.

Contoh:  seorang yang menjaga amanah dengan baik apabila berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh keluarga Pak Mail.

 

4.    Encik Musa

i.      Seorang pegawai tentera yang serius dan tegas

ii.    Amanah

Contoh: Amanah menjalankan tugas apabila menyampaikan cek penghargaan kepada keluarga Pak Mail di atas sumbangan Akhbar dalam mempertahankan tanah air.

 

LATAR

Latar Masa

i.              Pagi

Contoh: Pak Mail menemui datuk penghulu bagi menceritakan masalah yang sedang dihadapi oleh keluarganya.

ii.            Petang :

Contoh: Hayati pulang ke kampung dan kunjungan wakil Kementerian Pertahanan untuk menyampaikan sumbangan penghargaan kepada keluarga Pak Mail.

 

Latar Tempat

i.                      Rumah Pak Mail

Contoh: Pak Mail menerima kunjungan wakil Kementerian Pertahanan untuk menyampaikan sumbangan RM 10,000.

 

ii.                    Pejabat guru besar

Contoh:  Hayati bercerita tentang masalah yang dihadapi oleh keluarganya kepada guru besar.

iii.                   Asrama sekolah

Contoh:  Tempat Hayati tinggal semasa belajar di sekolah tersebut.

 

iv.                   Perbatasan negara

Contoh:  Tempat Akhbar gugur ditembak oleh musuh negara.

 

Latar Masyarakat

 

i.                      Masyarakat kampung

Contoh: Pak Mail menemui penghulu kampung untuk menceritakan masalah yang dihadapi oleh mereka.

 

ii.                    Masyarakat yang berusaha gigih.

Contoh: Pak Mail berikhtiar mencari duit bagi membayar yuran asrama Hayati.

 

iii.                   Masyarakat yang sanggup berkorban demi tanah air.

Contoh: Akhbar terkorban semasa menjalankan tugas di sempadan.

 

iv.                   Masyarakat yang percaya kepada Tuhan.

Contoh: Pak Mail menasihati Fauziah menerima ketentuan Tuhan dengan redha.

 

GAYA BAHASA

i.              Bahasa istana

Contoh: bonda, anakanda, nenda dan adinda

 

ii.            Kata ganda

Contoh: sekali-sekala, sama-sama, rajin-rajin, moga-moga

 

iii.           Sinkof

Contoh: mak, tuk, nak, dah

iv.           Simpulan bahasa

Contoh: minta diri

v.            Bahasa Arab

Contoh:  assalamualaikum, waalaikumusalam.

 

NILAI

      i.        Nilai kasih sayang.

Contoh:  Pak Mail amat menyayangi Fauziah, Hayati dan Farid.

 

    ii.        Nilai ketabahan

Contoh:  Fauziah tabah menerima kematian suaminya.

 

   iii.        Nilai kegigihan.

Contoh: Hayati gigih berusaha mengatasi masalah kewangan yang dihadapinya.

 

   iv.        Nilai bekerjasama.

Contoh: Penghulu berjanji akan membantu keluarga Pak Mail.

PENGAJARAN

      i.        Kita hendaklah mementingkan pelajaran bagi menjamin masa depan.

Contoh:  Hayati berusaha untuk meneruskan pelajarannya walaupun menghadapi masalah kewangan.

 

    ii.        Kita haruslah mengenang jasa perwira yang sanggup berkorban untuk negara.

Contoh:  Kementerian Pertahanan telah menyumbangkan RM10, 000 kepada keluarga Fauziah kerana Akhbar yang terkorban semasa bertugas di sempadan negara. 

 

 

   iii.        Kita hendaklah percaya kepada Tuhan

Contoh:  Pak Mail percaya bahawa Tuhan akan membantu mereka yang dalam kesusasahan.

 

   iv.        Kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain.

Contoh:  Guru besar berjanji untuk menolong Hayati mendapatkan bantuan kewangan.

 

 

Read 35517 times Last modified on Monday, 26 January 2015 02:18

Detik Gemilang

UPSR

11-4, 18 SEPTEMBER 2017

PT3

09-11 OKTOBER 2017

SPM

6 NOV - 4 DIS 2017

 

 

JERAYAWARA BM 2017

 TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2017

5 Mei 2017 (Maahad Muar)

 

Untuk Tempahan

Boleh hubungi:

+6011-58309328