Sunday, 19 March 2017 07:20

Latihan Pemahaman AJKKDI 1

Written by 
Rate this item
(3 votes)

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat sendiri.

 

GURINDAM DUA BELAS

(Fasal yang ketiga)

 

Apabila terpelihara mata,

Sedikitlah cita-cita.

 

Apabila terpelihara kuping,

Khabar yang jahat tiadalah damping.

 

Apabila terpelihara lidah,

Nescaya dapatlah darinya faedah.

 

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,

Daripada segala berat dan ringan.

 

Apabila perut terlalu penuh,

Keluarlah fill yang tiada senonoh.

 

Anggota tengah hendaklah diingat,

Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

 

Hendaklah peliharakan kaki,

Daripada berjalan yang membawa rugi.

                                   (Dipetik dari Gurindam Dua Belas (Fasal yang ketiga} dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)

 

i.            Apakah yang dimaksudkan dengan “Apabila perut terlalu penuh, keluarlah fiil yang tiada senonoh”? [2 markah]

ii.           Pada pendapat anda,bagaimanakah caranya untuk kita menjaga perlakuan? [3 markah]

 

iii.         Pada pendapat anda, wajarkah hukuman dijalankan untuk memulihkan perlakuan manusia? [4 markah]

 

iv.          Nyatakan persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan lagi berdasarkan keseluruhan puisi. [4 markah]

  v.         Nyatakan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran lagi berdasarkan keseluruhan puisi. [4 markah]

vi.          Nyatakan latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan satu latar masyarakat berdasarkan keseluruhan puisi. [4 markah]

vii.         Nyatakan nilai yang terdapat dalam petikan dan satu nilai lagi berdasarkan keseluruhan puisi. [4 markah]

 

 

 

 

Read 524 times Last modified on Sunday, 19 March 2017 07:23

Detik Gemilang

UPSR

11-4, 18 SEPTEMBER 2017

PT3

09-11 OKTOBER 2017

SPM

6 NOV - 4 DIS 2017

 

 

JERAYAWARA BM 2017

 TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2017

5 Mei 2017 (Maahad Muar)

 

Untuk Tempahan

Boleh hubungi:

+6011-58309328

 

 

 

 

4235502
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
1974
4050
15734
4196733
68519
163082
4235502

Your IP: 54.196.17.157
Server Time: 2017-06-22 12:10:52